10.2.15

Bimbingan Senaman Otak & Bila John Kata Bersama Murid 6 Bestari

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar semua? Alhamdulillah batuk cikgu semakin baik walaupun belum baik sepenuhnya. 3 minggu batuk yang teruk. Selepas x-ray ada jangkitan pada paru-paru. Musim cuaca yang semakin panas ni harapnya semua rakan dapat menjaga kesihatan dengan baik ya.

Hari ini cikgu masuk kelas bimbingan 6 Bestari. Selama 30 minit sahaja. Dalam perjalanan dari bilik ke kelas tu cikgu dah bayangkan aktiviti senaman otak. Emmm cukup sangat kalau nak buat selama 30 minit! masa yang cukup! dan padat!

Jika ada pembaca yang tidak tahu akan senaman otak bolehlah rujuk di blog cikgu yang sebelum ini. Ada cikgu jelaskan sedikit dan bentuk senaman tersebut.

Untuk hari ini anak-anak 6 Bestari ceria dan bersemangat. Selain dari SENAMAN OTAK cikgu juga masukkan aktiviti BILA JOHN KATA.

hahaha nama nak gah! John tu. Biasa bila ali kata, bila abu kata...

Jika senaman otak untuk uji murid dan aktifkan minda otak kanan dan kiri murid, aktiviti bila john kata pula menguji fokus murid mendengar arahan dari kita.

Untuk senaman otak nampaknya murid tahun 6 bestari boleh dikatakan separuh kelas sudah boleh menguasai pergerakan 5 step yang cikgu ajar.

Untuk Bila John Kata pula ada seorang murid yang menang. Maksud cikgu seorang murid yang mampu fokus dengan baik dan tidak membuat kesilapan. Ini kerana aktiviti Bila John Kata cikgu dah disiplinkan murid dari awal sesiapa yang melakukan kesilapan perlu jujur pada diri sendiri. Mereka semua berdiri dan jika salah mereka perlu duduk. Akhirnya hanya sorang yang berjaya.





Tiada ulasan:

Catat Komen