10.2.15

Slot Motivasi Pemangkin Pelajar Berubah Mengenali Potensi Diri

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Penceramah: Dr Fahrol Rodzi Hanafiah
                      Mutiara Consultant Sdn Bhd

Agenda:
Slot bertajuk Ubah Sikap
Masa dari 7.30 hingga 10.30 pagi

Secara peribadi motivator ini insan yang hebat!
Pendekatan bermain dengan emosi sangat berkesan!
Teknik psiko yang terbaik!

Murid tahun 6 yang hadir tidak akan rugi. Rasa lucu, lawak jenaka mencuit hati, ketegasan dalam penyampaian, kejutan demi kejutan, tangisan semua bersatu.

Jangan mudah buat penilaian, persepsi dan tanggapan salah kerana koleksi ilmu, pengalaman dan kemahiran dengan skill yang menarik mampu memenangiskan (menitiskan air mata) khalayak. Kerana saya difahamkan kemahiran beliau dalam menggunakan beberapa alatan semasa ceramah adakala boleh mengundang persepsi lain dan berlaku salah faham. Pada saya, its ok.. 

u not ok im ok
u ok im ok

Ramai yang terkesan dan mengesat air mata. Nak dikatakan semualah. Paling cikgu syahdu adalah tangisan keinsafan dari murid kelas 6 cerdas. Murid yang terkenal dengan kedegilan dan sukar menerima nasihat dari cikgu. Memang sangat terkesan.

Besar harapan cikgu dan juga cikgu-cikgu yang lain agar anak-anak tahun 6 dapat sama-sama cikgu kita berubah demi kebaikkan diri dan keluarga. Juga masa depan kita. Bukan anak-anak saja yang perlu berubah. Cikgu juga!

Sama-samalah kita muhasabah diri kita. Agar kita menjadi anak yang menyejukkan hati ibu dan ayah, menjadi murid yang disukai oleh guru-guru dan menjadi diri kita yang boleh kita banggakan. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan