2.2.15

Modul Pembangunan Diri (Cabaran Buku)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah sihat semua? Cikgu sudah 2 minggu asik batuk sahaja. Masih tak baik lagi. Nak bercakap kat perhimpunan atau kelas bimbingan pun agak mengganggu. Aduhhh..

Tapi sakit itu penghapus dosa kan.

Hari ini cikgu laksana bimbingan bersama murid tahun 5 Arif. Cikgu gunakan buku Modul LDK Mudah Lagi Seronok! Kelebihan buku ini modulnya boleh diubah-ubah ikut kesesuaian. Cikgu pun ubah juga modul untuk digunakan hari ini. Yang cikgu ubah ialah penggunaan bahan

Bidang: Pembangunan Diri
Tajuk : Cabaran Buku
Tahun :5 Arif 


Bahan-bahan:
1-Kertas A4
2-Buku teks

Langkah-langkah:

1-Pembahagian kumpulan
2-Penerangan kepada murid . Murid digalakkan mencuba untuk bertindak dan berfikiran kritis.
3-Edaran kertas . 1 kumpulan hanya 4 kertas.
4-Murid perlu memastikan buku teks (buku yang sama setiap kumpulan) perlu berdiri dan tidak jatuh pada lantai.
5-Masa diberi hanya 20 minit.

Syarat-syarat:
1-Cikgu letak syarat kali ini.Tidak boleh menggunakan gam atau alat bantuan lain selain kertas sahaja.

Objektif:
1-Menggalakkan murid saling bertindak sesama ahli dari segi perluahan idea dan pemikiran yang kritis.
2-Mencungkil bakat murid dan menggalakkan murid berkomunikasi sesama ahli dalam menyuarakan pandangan.

Gambar banyak tapi ada masalah sikit nak upload. Dapat tunjuk ini sahaja.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan