2.3.15

Buletin Bulan March 2015

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Alhamdulillah.. Asalamualaikum semua pembaca blog cikgu. Apa khabar? sekarang cuaca panas terik. Seeloknya kena minum air kosong banyak. Paling-paling 3 liter sehari baru air di badan mencukupi dengan cuaca sekarang ni. Anak-anak murid pastikan tidak bermain kejar-kejar ketika waktu rehat di sekolah. Sentiasa pesan pada murid bawa bekalan air ke sekolah.

Hari ini cikgu siapkan buletin bagi bulan march. Banyak aktiviti bulan februari tapi banyak gambar tak nak cikgu masukkan . Bukan apa, gambar-gambar boleh lah tengok di blog ini. Kertas buletin tu saiz A4 je. Nanti banyak gambar tak nampak pula. Murid nanti bising cakap gambar tak nampak. Jadi cikgu letak tajuk program yang besar aja.

Ok, cikgu sedang print untuk 18 kelas dan 1 untuk papan unit kaunseling. Esok pagi cikgu edar di setiap kelas ok!


Tiada ulasan:

Catat Komen