25.3.15

Info 5 Minit PRS-Cara Beradab Menghormati Guru

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Perhimpunan hari rabu ini ahli PRS akan menyampaikan sebuah pantun. Tajuk guru bertugas minggu ini ialah Kebaikan bersukan. Jadi ahli PRS akan membaca rangkap pantun yang berkaitan dengan tajuk.

CARA BERADAB MENGHORMATI GURU

Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Saya akan berkongsi dengan rakan-rakan cara beradab dan menghormati guru.

Sabda Rasulullah saw
Maksudnya: Sesiapa yang memuliakan orang alim (guru) sesungguhnya dia memuliakan TuhanNya.

Cara beradab menghormati guru
1– Menurut perintah dan melaksanakan arahan mereka dan meningglkan perkara-perkara yang melanggar disiplin sekolah
2– Memberi tumpuan sepenuhnya bila guru mengajar.
3– Belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan cemerlang.
4– Mengucap salam setiap kali bertemu guru
5– Bercakap dengan penuh sopan santun dan tidak bersikap kasar dengan guru
6– Manis muka dan ceria menerima teguran dan nasihat guru
7– Menghargai ilmu yang diberi oleh guru
8– Memberi pertolongan ketika mereka memerlukan
9– Bertanya khabar apabila bertemu guru di luar kawasan sekolah.
10– Menziarahi guru bila hari perayaan atau ketika guru sakit
11– Ucapkan tahniah bila guru mendapat kejayaan dan ucapkan tahziah bila ditimpa musibah.

Akhir kata marilah kita menghayati amalan tersebut mudah-mudahan kita adalah antara orang yang mulia di sisi Allah swt . Sekian


Tiada ulasan:

Catat Komen