2.3.15

Kursus Profesionalisme Guru Bimbingan Dan Kaunseling

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah hari ini  1hb3,2015 cikgu bersama 21 orang Guru Bimbingan Kaunseling SR Daerah Kota Tinggi mengadakan Kursus Profesionalisma bertempat di sekolah cikgu.

Inisiatif kami kali ini ialah untuk bagi kami pendedahan bagaimana nak mengisi dan menggunakan buku rekod baharu BNK. Buku rekod ini format baharu. Jadi ada yang salah mengisi rekod di dalamnya. Untuk tak mahu timbulkan salah faham maka kami buat kursus ini. Kami panggil GBK SM yang pakar bab menggunakan buku rekod format baharu ini.

Dalam masa yang sama kami juga jemput seorang GBK dari SK Bangi yang mempunyai certificatd Hypnotherapy bagi memberikan kami pengetahuan berkaitan ilmu Hypnotherapy ini. Ini juga inisiatif kami GBK SR yang seramai 21 orang plus 2 orang GBK lantikan dalaman untuk menyahut seruan belajar ilmu tersebut. Sebenarnya masa yang diberi memang tidak cukup untuk dapatkan ilmu ini. Jika diikutkan perlu 3 hari!

Tapi kami dapat belajar hanya 2 jam 30 minit sahaja kali ini. Kami collect duit masing-masing untuk menjemput pakar tersebut. Ilmu tidak boleh dijual beli. Usah berkira dengan ilmu.

Ini slotnya:


Terima kasih kepada Puan Sarah atas ilmu berkaitan Penggunaan Buku Rekod tersebut juga Encik Noorhisham atas kesudian menyampaikan ilmu berkaitan Hypnotherapy kepada kami.

Ada seorang GBK dari Kluang turut mengikuti kursus kali ini.



Tiada ulasan:

Catat Komen