22.3.15

Observe Oleh Pentadbir 22/3/2015

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Rutin saban tahun,selain dipantau oleh PPD / JPN, saya akan di observe oleh pentadbir. Untuk tahun ni giliran GPK Koko observe, kemudian baru guru besar akan observe.

Kebiasaan bila jadual observe keluar saya akan jumpa GPK 1 minta mana-mana class yang kosong pada hari tersebut.Saya akan ambil buat bimbingan di kelas untuk di observe.

Kali ni saya nak uji ketahanan diri murid-murid. Saya nak uji sama ada mereka tahan dengan kritikan, cercaan,sindirian dan gurauan. Saya nak bina keyakinan diri mereka dan bersikap positif menerima kritikan.

Sasaran kali ini kelas 6 Cerdas.
Saya ambil modul bimbingan dari Buku LDK MUDAH LAGI SERONOK. Sangat membantu!

Sebelum memulakan kelas, saya buat relaksasi minda selama 10 minit bersama murid-murid. Saya mahukan suasana harmoni dan murid tenang sepanjang 45 minit bimbingan berjalan. Memang berkesan ok! yang penting kena pandai bermain kata.. kemudian baru cikgu fokus pada objektif bimbingan .




Objektif:
Pada akhir sesi murid dapat :-
1.     Menguji ketahanan diri.
2.     Berani berucap di kalangan ahli
3.     Membina keyakinan diri dengan sikap positif yang boleh menerima kritikan.
Bahan:
Kertas manila, pen marker – Lampiran PKM/1A
Langkah-langkah:
1.     Guru Bimbingan dan Kaunseling menyediakan lima topi daripada kertas manila yang tercatat perkataan berikut :
·         Semua tidur
·         Berbisik-bisiklah
·         Dengar cakap saya
·         Tutup telinga anda
·         Ganggu saya
2.     Guru Bimbingan dan Kaunseling memanggil lima orang peserta dan mengasingkan mereka. Mereka akan diberikan tajuk untuk bercerita kepada rakan-rakan. Cerita ataupun topik akan disediakan. (Apa-apa saja tajuk yang sesuai)
3.     Guru Bimbingan dan Kaunseling mengingatkan pelajar yang bercerita agar meneruskan cerita walau apa pun terjadi.
4.     Guru Bimbingan dan Kaunseling mengingatkan ahli kelompok supaya memberi respon   mengikut catatan pada topi yang dipakai oleh rakan yang berucap.
5.     Murid yang bercerita akan bergilir-gilir bercerita selama tiga minit.


6.     Murid-murid lain digalakkan memberi respon mengikut catatan atau kenyataan pada topi yang dipakai oleh            pencerita.
7.     Selepas selesai sesi bercerita, guru akan memberi peluang kepada   pencerita  untuk  menyatakan perasaan          mereka apabila mendapat reaksi daripada  ahli kumpulan.
8.     Perbincangan memberi fokus:
·         Kepada perasaan ataupun reaksi para pelajar apabila tidak dipedulikan, tidak diberi perhatian ataupun dihargai.
·         Menyelami perasaan orang lain sekiranya tidak dihargai ataupun dipedulikan.
Penilaian:
Murid dapat memahami erti sebenar perhatian yang diperlukan apabila berucap di hadapan orang ramai.
Rumusan:
Keyakinan diri pelajar dapat dibina melalui cabaran yang mereka hadapi.
Falsafah:
1.     Kritikan umpama ubat yang pahit tetapi   menyembuhkan . Keupayaan sesesorang  menyembuh diri sekiranya menerima kritikan khususnya, kelemahan diri secara positif melambangkan kematangan dan ketahahan minda diri seseorang.
2.     Penghargaan dan perhatian adalah  penawar jiwa yang berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Komen