25.3.15

Profil PPPB

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Agak riuh juga dalam beberapa bulan ini semua guru diarah untuk siapkan fail Profil PPPB. Setiap guru harus ada 1 fail profil ni. Cikgu telah diarahkan oleh pentadbir untuk bantu membuat format Profil PPPB yang seragam kepada 45 orang guru di sekolah cikgu.

Jadi cikgu buat tetulang,cover dan semua partisen dalamnya. Setiap cikgu dibekalkan dengan 1 fail putih oleh Kelab Maju. Alhamdulillah hari ini cikgu dah siapkan print untuk semua 45 orang rakan guru. Tinggal diedarkan sahaja. Cikgu kena cepat sebab insyallah pada hari esok cikgu follow up doktor dan jika resultnya  seperti yang diharapkan cikgu akan dicutikan rehat seminggu pada minggu depan.

Kena siap edarkan pada hari ini juga. Arahan pentadbir pun semua guru kena lengkapkan fail pada hujung bulan ini. Ok cikgu nak maklumkan awal, hasil cerate design ni bukan 100% idea cikgu ya. Cikgu ada upload filenya di FB TERATAK BIMBINGAN CIKGU JIJAH. Jadi rakan guru yang mahu download dan edit bolehlah berbuat demikian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan