26.4.15

BIMBINGAN AKADEMIK (IMAGINASIKU DILUAR KOTAK SIRI 2)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar? moga kita semua berada di bawah lindungan Allah hendaknya.

Ini kiranya siri kedua cikgu buat modul ini. Sebelum ini bersama murid 5 Arif, kalini bersama murid 3 Arif...PERCAYALAH SEMAKIN KECIL USIA MEREKA, SEMAKIN TINGGI IMAGINASI MEREKA

Hari ini cikgu masuk kelas 3 Arif. Cikgu laksanakan modul akademik iaitu imaginasiku diluar kotak. Pelik rasanya sebab cikgu ni asik nak buat aktiviti diluar kotak saja akhir-akhir ini.

Sebenarnya seronok sebab kita boleh cetuskan kreativiti anak-anak. Anak-anak kecil ini punya daya imaginasi yang tak terfikir dek akal kita.

OBJEKTIF:
1-Meransang otak kanan dan kiri

BAHAN
1-Kertas A4 putih
2-Alat tulis dan kaler pensil

LANGKAH
1-Cikgu mengarahkan murid untuk lukis 3 bulatan yang sama saiz di dalam kertas.
2- arahkan murid untuk imagine apakah bentuk yang mereka boleh lukis dengan bulatan kosong tersebut. (Soal Jawab berlaku)
3-Cikgu tunjuk contoh yang telah dibuat









Tiada ulasan:

Catat Komen