26.4.15

Modul Bimbingan Akademik (Imaginasiku Diluar Kotak)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar? moga kita semua berada di bawah lindungan Allah hendaknya.,

Hari ini cikgu masuk kelas 5 Arif. Cikgu laksanakan modul akademik iaitu imaginasiku diluar kotak. Pelik rasanya sebab cikgu ni asik nak buat aktiviti diluar kotak saja akhir-akhir ini.

Sebenarnya seronok sebab kita boleh cetuskan kreativiti anak-anak. Anak-anak kecil ini punya daya imaginasi yang tak terfikir dek akal kita.

OBJEKTIF:
1-Meransang otak kanan dan kiri

BAHAN
1-Kertas A4 putih
2-Alat tulis dan kaler pensil

LANGKAH
1-Cikgu mengarahkan murid untuk lukis 3 bulatan yang sama saiz di dalam kertas.
2- arahkan murid untuk imagine apakah bentuk yang mereka boleh lukis dengan bulatan kosong tersebut. (Soal Jawab berlaku)
3-Cikgu tunjuk contoh yang telah dibuat

PERCAYALAH SEMAKIN KECIL USIA MEREKA, SEMAKIN TINGGI IMAGINASI MEREKA








Tiada ulasan:

Catat Komen