26.4.15

Pameran Amalan Terbaik 9 Daerah Negeri Johor 2015

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua [embaca blog cikgu. Alhamdulillah kita masih bernafas lagi dibumi Allah. Sentiasalah ucapkan rasa syukur setiap kali kita bangun tidur. Agar kita rasa lebih menghargai apa yang kita ada dan orang disekeliling kita.

Hari ini 25hb Mei 2015 telah diadakan Simposium iaitu Konvensyen Kaunseling Negeri Johor yang diadakan di Kluang.

Antara agenda ialah:
-Ucapan oleh Pengarah
-Ucapan Pen Pengarah Kaunseling
-Ceramah
-Anugerah Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling
-Anugerah Amalan Terbaik
-Sijil kepada Sukarelawan Mangsa Banjir
-Pameran Amalan Terbaik
-Pameran Kerjaya

Dapatlah cikgu jumpa ramai insan-insan hebat diserata Johor. Alhamdulillah. Lebih penting bila ada pameran amalan terbaik ni banyak cikgu boleh kutip dan laksanakan di sekolah. Seronok dapat berkongsi dengan rakan guru kaunseling dari daerah-daerah lain.

Banyak amalan terbaik yang sangat menarik! cikgu pun tak sabar nak aply kat sekolah cikgu. Tapi pelan-pelan lah ya. Mungkin persediaan cikgu buat tahun ni dan boleh aply pada awal tahun depan.

Cikgu termasuk dalam senarai pempamer untuk amalan terbaik. Mari tengok sama-sama amalan terbaik bagi 9 daerah. Sebenarnya ada lagi daerah lain tp tidak dapat hadir.










Tiada ulasan:

Catat Komen