26.4.15

Perjumpaan Kelab Bimbingan Kaunseling-MERANGSANG TUNJANG MINDA

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar? Diharap semua sihat walafiat dan ceria-ceria selalu. Nampaknya musim panas dah reda sikit sebab hujan dah mula nak turun. Bila dah lama tak hujan, bau air hujan yang naik lepas hujan tu terasa segarrrrr

Ok hari ini nak cerita tentang perjumpaan kelab bimbingan kaunseling yang ke 5. Sekejap je dah 5 kali kami buat perjumpaan. Ni baru bulan 4.huhuhuh...

Untuk perjumpaan kali ini cikgu nak tunjuk pada ahli kelab bagaimana merangsang imaginasi. Kalau sebelum ni dok asik bercakap je tentang peranan, tanggungjawab ahli, tapi kali ni aktiviti merangsang tunjang minda pula.Ohohoho dah dapat da nama aktiviti iaitu MERANGSANG TUNJANG MINDA.

OBJEKTIF
1-Murid mampu berfikir diluar kotak
2-Murid berupaya menggambarkan / menghasilkan sesuatu menggunakan bahan sedia ada

BAHAN-BAHAN
-Straw
-Tanah Liat

LANGKAH-LANGKAH
1-Guru memberikan penerangan ringkas bagaimana konsep "berfikir diluar kotak" itu dapat digunakan dalam aktiviti hari ini. Guru turut beri contoh hasilan yang dibuat sendiri.
2-Murid diberi 1 meja seorang. Guru bekalkan 1 meja dengan 1 kotak tanah liat dan 10 batang straw. Murid perlu potong straw kepada saiz yang kecil.
3-Murid menghasilkan sesuatu . Guru membimbing murid.
4-Semua murid akan pergi ke setiap meja mengikut turutan. Murid akan beri penerangan objek yang dibuat dengan dibantu oleh guru hingga semua murid selesai.






Tiada ulasan:

Catat Komen