26.4.15

Persediaan Program Kunjung Kasih

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.

Alhamdulillah kami team GBK SR Kota Tinggi seramai 7 Team termasuk Pen Pg PPD Kaunseling dan Kerjaya Murid akan bergabung tenaga melaksana Program Kunjung Kasih di dua buah sekolah. Sekolah terlibat ialah:
1-SK Tanjung Buai
2-SK Nam Heng

Sekolah ini ialah sekolah SKM. Jauh dari bandar. Kami terpanggil untuk membantu murid di sana dan juga memberi motivasi kepada ibu bapa murid. Kami tidak mahu murid-murid kawasan ini jauh tertinggal dari segi maklumat dan sikap "prihatin" dari pihak luar.

Insyallah kami cuba sebaik mungkin. Inilah team kami. Agenda hari ini ialah aktiviti yang akan dijalankan, perbincangan slot setiap orang, persediaan hadiah, baju, bahan, banner dan lain-lain lagi.

Tak sabar rasanya mahu turun padang membantu anak-anak di dua buah sekolah ini


 


Tiada ulasan:

Catat Komen