26.4.15

Program Menuju Puncak

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Program Menuju Puncak ini dibuat khas untuk pelajar sasaran iaitu pelajar tahun 6 yang gagal 1 mata pelajaran atau lebih ketika Ujian 1.

Dah lama saya dan pentadbir merancang kerana kami risau pada tahun ini ramai yang gagal walau masih baru awal tahun.

Surat diedar awal agar ibu bapa dapat mohon cuti demi kecemerlangan anak mereka. Besar harapan saya agar ibu bapa/penjaga dapat hadir sama-sama demi membantu pihak sekolah.

Alhamdulillah kehadiran sangat baik.

Pada hari ini kami berkongsi banyak perkara dengan penjaga. Tentang keputusan anak mereka. Tentang masa depan mereka. Tentang harapan guru dan sekolah.

Antara agenda:
1-Ceramah motivasi oleh bekas guru besar iaitu Encik Abdul Razak bin Hashim
2-Perkongsian Minda
3-Jualan ubat minda

Kami juga mohon ibu bapa bantu kami untuk sama-sama pastikan kumpulan sasaran ini dapat lulus kesemua mata pelajaran. Ujian kedua akan menyusul pada 11hb 5 ini. Kita akan sama-sama lihat bagaimanakah kumpulan sasaran ini sama ada dapat memperbaiki keputusan atau tidak. Berdoalah.



 




Tiada ulasan:

Catat Komen