28.6.15

CUACA PANAS

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar hari ini? harap semua sihat walafiat dan berada di dalam lindungan Allah SWT.

Hari ini ada 2 kelas dan 4 masa cikgu bersama murid-murid. Cikgu nak cerita tentang keadaan cuaca sekarang yang semakin panas. Ada sekolah rakan cikgu yang alami masalah kehadiran. Murid ramai tidak hadir atas sebab puasa ditambah lagi dengan cuaca yang panas.

ALhamdulillah disekolah cikgu masih berjalan seperti biasa. Namun kita pun faham. Kita sendiri rasa bahang panasnya apatah lagi budak-budak kecil. Jadi cikgu tidak memaksa sangat murid-murid jalankan aktiviti yang memerlukan banyak pergerakan.

Hari ini cikgu bawa murid-murid buat aktiviti di luar kelas. Sambil-sambil dapat ambil angin. Cikgu pun tumpang sekaki. Bila sebut tentang cuaca, negara kita memang alami keadaan yang panas. Untuk suhu cuaca pada hari ini di Kota Tinggi lingkungan 25'c hingga 33'c. Dikatakan cuaca di negara kita mengalami fenomena ekuinoks dimana keadaan panas melanda Malaysia.

Kelas hari ini cikgu hanya memberikan tips-tips kepada murid cara berhadapan cuaca panas. Antara yang cikgu sebutkan ialah:

1- Banyak minum air. Memandangkan hari ini puasa, cikgu minta murid minum air kosong banyak ketika buka dan sahur bagi menggantikan peluh yang banyak keluar ketika cuaca panas. Dahla cuaca panas, kuat peluh, jarang minum air akan menyebabkan badan alami hidrasi.

2-Elakkan terus berada di kawasan yang panas. Sebab tu sekolah cikgu 1M1S pada puasa ini dibatalkan. Murid jangan berada di kawasan padang permainan ketika cuaca panas. Terutama ketika jam 12 hingga 3 petang.

Jadi, harap semua murid dapat mengambil tips-tips yang cikgu berikan tadi dan jadikan amalan. Kalau dah demam nanti tak boleh nak ke sekolah, tak boleh nak belajar, tak larat nak berpuasa.







Read More...

25.6.15

MOTIVASI SET MINDA POSITIF

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Ringkas sahaja catatan cikgu kali ini ya.

Sekolah cikgu ada buat aktiviti koko, perkhemahan di Johor Kampong selama 3 hari 2 malam. Murid yang terlibat adalah murid tahap 2. Semua unit beruniform menyertai perkhemahan ini. Guru-guru pula kena gilir-gilir bertugas. Dalam pada itu ada 2 hari slot cikgu kena beri talk motivasi pada mereka.

Untuk slot hari pertama cikgu beri motivasi berkaitan bagaimana kita nak set minda menjadi minda yang positif.

Untuk slot hari kedua pula cikgu tekankan pergaulan yang baik dengan rakan-rakan.

Slot cikgu dari jam 9.00-9.30 malam. Jadinya cikgu kena tidur di sana 2 malam.



Read More...

BILIK BARU

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Ada sedikit perkhabaran yang ingin cikgu sampaikan. Insyallah jika diizinkan dan dimudahkan urusan cikgu, cikgu akan berpindah bilik. Makanya bilik bimbingan kaunseling akan berpindah dari Blok B ke Blok A.

Bilik baru ini kecil sahaja. 1 bey je. Dan tiada bilik lain dalamnya. Memang lurus saja. Bilik yang sekarang cikgu duduk ini besar ada 2 bey. Ada ruang tamu dan 2 bilik. Kira sesuai memang untuk bilik sesi individu, bilik kelompok dan bilik pengurusan. Tetapi cikgu perlu pindah ke bilik baru yang lebih kecil atas ebberapa faktor.

Setelah perbincangan bersama pentadbir, jadi cikgu dapat pindah ke bilik akses yang masih kosong. Banyak yang cikgu perlu fikirkan macam mana nak gayakan bilik ini memandangkan cikgu perlu nampakkan sudut individu dan kelompok itu sendiri. Memang ada kekangan. tapi insyallah akan cikgu cuba fikirkan nanti. Cikgu juga masih belum pindah kerana mahu siapkan dulu bilik baru. Dah siap baru barang-barang boleh dibawa masuk ke bilik baru.

Cikgu target bulan 9 baru siap sepenuhnya perpindahan bilik kaunseling ini. Moga cikgu dapat menjalankan perkhidmatana BNK dan ekrja cikgu dengan lebih baik selepas ini. Aminn.

Cikgu sertakan gambaran bilik baru cikgu. Kerusi lama cikgu cat balik, buat beberapa lukisan untuk naikkan seri. Yalah bilik yang kecil kan. Hihihi. Setakat ini bahagian luar dah siap . Kecuali bahagian dalam masih belum siap betul.














Read More...

BERAKHIR SUDAH PENILAIAN ANUGERAH BNK SR KOTA TINGGGI

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Sudah masuk bulan puasa, bulan penuh pengharapan untuk kita mendapatkan sebanyak mungkin pahala dan doa-doa agar dimakbulkan olehNya.

Kini sudah berakhir cikgu dan 2 rakan cikgu yang telah ditugaskan oleh pihak PPD menilai dan memantau rakan-rakan gbk yang terlibat. Alhamdulillah semua pengurusan perkhidmatan BNK dan bilik sangat bagus! dan terbaik!.  Tahniah cikgu ucapkan kepada GBK yang telah berjaya menyahut cabaran tahun ini.

Gambar-gambar dibawah hanyalah gambar cikgu dan 2 rakan cikgu tu saja. Hihihi... Gambar bilik sekolah yang terbabit tak dapat dipertontonkan. Hihih.

Semasa kami menilai ini kami membantu sebanyak yang boleh agar rakan guru yang dinilai dapat upgrade diri dan perkhidmatan mereka. Kami bukan datang dengan tangan kosong da saja-saja. Tujuan kami datang untuk MEMBANTU.

Kami membantu apa saja yang mereka perlukan. Kami bagi cadangan, idea dan penambah baikkan untuk perkhidmatan mereka. Terima kasih kepada Encik Roslan iaitu Pen.Peng.PPD bahagian Kaunseling dan kerjaya murid yang memberi ruang dan peluang buat kami ini. Setiap sekolah yang kami pergi mesti kami dapat ilmu baru. Jika ada 10 GBK bermakna 10 idea baru yang kami dapat. Alhamdulillah!











Read More...

PROGRAM KUALITI AKADEMIK BERSAMA IBU BAPA MURID TAHUN 6

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar semua? harap sihat lah ya memandangkan cuaca kini panas yang membahang. Cikgu pun baru saja baik dari demam. Moga kita semua berada di bawalh lindungan Yang Maha Esa. Aminn

Ok, sekolah cikgu buat hari terbuka atau lebih dikenali sebagai hari kualiti pada hari ini. Namun untuk tahun 6 kami buat program asing. Kami panggil ibu bapa/ penjaga untuk hadir pada waktu yang dinyatakan dan ada sedikit program untuk mereka.

Surat cikgu dah edar awal agar ibu bapa/penjaga mudah untuk mohon cuti. Antara agendanya ialah:

1-Pembentangan keputusan Peperiksaan pertengahan tahun dan Ujian 1
2-Taklimat penerangan dari SDA Papan Timur. Beliau menerangkan tentang Sekolah Semai Bakti Felda.
3-Penerangan ringkas keseluruhan peperiksaan pertengahan tahun mengikut subjek oleh wakil guru yang mengajar subjek tahun 6.
4-Soal jawab
4-Baru ibu bapa/penjaga mengambil kad penyata anak-anak mereka.

Inilah peluang untuk kami guru-guru berjumpa ibu bapa. Boleh berbincang, boleh berkongsi dan boleh memberi ruang meluah rasa antara ibu bapa, murid dan guru.


















Read More...

LAWATAN DARI C.NORAHASIDAH HASBI

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu yang comel-comel dan yang manis-manis belaka. Hari ini hari cuti. namun cikgu datang sekolah sebab ada rakan guru BNK dari daerah kulai jaya mahu menjenguk bilik cikgu yang tak seberapa ni.

Perkenalkan inilah cikgu Norahasida hasbi. Kami kenal melalui facebook saja. Beliau datang untuk membeli carta-carta yang cikgu jual. Terima kasih cikgu norahasida sudi datang menjengah ke mari. Segan rasanya. Masa ni banyak barang tiada sebab cikgu dalam proses nak pindah ke bilik baru.

Masa jumpa inilah cikgu dapat ilmu baru. Ilmu yang sangat-sangat berharga bagi cikgu, dimana cikgu norahasida ini yang ajar cikgu cara untuk cikgu-cikgu semua mudah download bahan dari blog cikgu ini. Cikgu ini memang suka bab begini. lepas diajar balik saja ke rumah terus cikgu cari semua bahan-baha simpanan cikgu dan cikgu kongsikan dalam blog. Cikgu-cikgu boleh lah tengok di bahagian sila muat turun ya. Terima kasih cikgu norahasida hasbi mengajar cikgu ilmu itu. Dapat cikgu berkongsi ilmu terus kepada rakan guru yang lain. Moga dengan cara cikgu memudahkan urusan cikgu-cikgu lain, Allah akan mudahkan urusan cikgu pula lepas ini. Aaminn.



Read More...

SESI MELUAH RASA-Sesekali itu perlu

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Moga semua sihat dan cikgu doakan kita semua berada dibawah lindungan Yang Maha Esa. Aminn.

Sebenarnya sesekali tidak salah kita meluah apa yang kita rasa. Kita meluah banyak hal dan perkara. Tidak semestinya tentang kerja. Jika disebut tentang dunia saja banyak yang boleh disentuh. Hal keluarga, anak, kereta,rakan, komunikasi, pergaulan, duit. Pendek kata macam-macamlah ya.

Sesekali meluah dapat melegakan perasaan. Ada banyak cara nak meluah. Ada anak murid cikgu yang suka meluah di dalam diari, dalam surat, berjumpa face to face, menyanyi, macam-macam kan?

Jika lihat gambar di bawah cikgu tengah menumbuk si tiger. Huhuhuhu...kengkonon meluah lah tu. Tu tunjuk saja ok. Hihihi.

Cikgu seorang yang suka pendam. Bila dalam keadaan marah, rungsing atau banyak kerja cikgu hanya akan berdiam diri. Duduk dan fikir. Bila orang cakap cikgu senyap. Sebenarnya tak bagus. Boleh mengundang perspektif negatif orang lain pada kita. Yalah patutnya bila orang bercakap kita kena tengok dia dan balas.

Tapi kita tak boleh sangkal yang kita ini hanya manusia. Hanya Nabi yang maksum. Orang gila sahaja yang tak punya emosi. Diam lebih baik dari mengeluarkan kata-kata nista yang tak elok. Bila emosi dah ok, kita jumpalah semula rakan kita dan ajak berborak sepertia tiada apa yang berlaku.

Cuma cikgu nak pesan, jadilah diri kita yang sebenar. Jangan mahu orang sekeliling lihat yang cantik saja pada kita. Itu munafik namanya. Kita takkan boleh jadi seperti micheal jackson untuk dilihat sebagai micheal jakcson. Harap faham kata-kata cikgu ini.





Read More...