25.6.15

BILIK BARU

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Ada sedikit perkhabaran yang ingin cikgu sampaikan. Insyallah jika diizinkan dan dimudahkan urusan cikgu, cikgu akan berpindah bilik. Makanya bilik bimbingan kaunseling akan berpindah dari Blok B ke Blok A.

Bilik baru ini kecil sahaja. 1 bey je. Dan tiada bilik lain dalamnya. Memang lurus saja. Bilik yang sekarang cikgu duduk ini besar ada 2 bey. Ada ruang tamu dan 2 bilik. Kira sesuai memang untuk bilik sesi individu, bilik kelompok dan bilik pengurusan. Tetapi cikgu perlu pindah ke bilik baru yang lebih kecil atas ebberapa faktor.

Setelah perbincangan bersama pentadbir, jadi cikgu dapat pindah ke bilik akses yang masih kosong. Banyak yang cikgu perlu fikirkan macam mana nak gayakan bilik ini memandangkan cikgu perlu nampakkan sudut individu dan kelompok itu sendiri. Memang ada kekangan. tapi insyallah akan cikgu cuba fikirkan nanti. Cikgu juga masih belum pindah kerana mahu siapkan dulu bilik baru. Dah siap baru barang-barang boleh dibawa masuk ke bilik baru.

Cikgu target bulan 9 baru siap sepenuhnya perpindahan bilik kaunseling ini. Moga cikgu dapat menjalankan perkhidmatana BNK dan ekrja cikgu dengan lebih baik selepas ini. Aminn.

Cikgu sertakan gambaran bilik baru cikgu. Kerusi lama cikgu cat balik, buat beberapa lukisan untuk naikkan seri. Yalah bilik yang kecil kan. Hihihi. Setakat ini bahagian luar dah siap . Kecuali bahagian dalam masih belum siap betul.














Tiada ulasan:

Catat Komen