25.6.15

PROGRAM KUALITI AKADEMIK BERSAMA IBU BAPA MURID TAHUN 6

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar semua? harap sihat lah ya memandangkan cuaca kini panas yang membahang. Cikgu pun baru saja baik dari demam. Moga kita semua berada di bawalh lindungan Yang Maha Esa. Aminn

Ok, sekolah cikgu buat hari terbuka atau lebih dikenali sebagai hari kualiti pada hari ini. Namun untuk tahun 6 kami buat program asing. Kami panggil ibu bapa/ penjaga untuk hadir pada waktu yang dinyatakan dan ada sedikit program untuk mereka.

Surat cikgu dah edar awal agar ibu bapa/penjaga mudah untuk mohon cuti. Antara agendanya ialah:

1-Pembentangan keputusan Peperiksaan pertengahan tahun dan Ujian 1
2-Taklimat penerangan dari SDA Papan Timur. Beliau menerangkan tentang Sekolah Semai Bakti Felda.
3-Penerangan ringkas keseluruhan peperiksaan pertengahan tahun mengikut subjek oleh wakil guru yang mengajar subjek tahun 6.
4-Soal jawab
4-Baru ibu bapa/penjaga mengambil kad penyata anak-anak mereka.

Inilah peluang untuk kami guru-guru berjumpa ibu bapa. Boleh berbincang, boleh berkongsi dan boleh memberi ruang meluah rasa antara ibu bapa, murid dan guru.


















Tiada ulasan:

Catat Komen