24.7.15

Modul Bimbingan Psikososial/Sahsiah Diri (Kenali Nilai Murni)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca cikgu. Moga sihat dan kita semua berada didalam rahmat Allah SWT.

Lama cikgu tak buat Dam Nilai Murni ni. Tahun ni baru lah pertama kali. Tahun 2012 hingga 2013 memang selalu cikgu guna Dam Nilai Murni ini untuk terangkan dan beri kefahaman pada murid-murid dengan cara yang lebih kreatif.

TAJUK : Kenali Nilai Murni
MODUL : Psikosisial/Sahsiah Diri
MASA : 30 minit
TAHUN : 6 Cerdas

BAHAN-BAHAN:
1-Dam nilai murni
2-Buah dadu dan 4 penanda

OBJEKTIF:
1-Murid diberi pendedahan mengenali nilai murni
2-Murid tahu jenis nilai murni hanya berdasarkan gambar.

LANGKAH PERLAKSANAAN:
1-Murid diarah berdiri diluar bilik bimbingan. Guru mengarahkan murid menjadi 4 kumpulan. Satu kumpulan 5 orang . (1 pembaling dadu dan 4 pemain. Boleh tukar-tukar selepas 1 game)
2-Setelah guru beri setiap kumpulan sehelai dam nilai murni dan dadu.  Duduk dalam kumpulan.
3-Guru menerangkan bentuk permainan dam nilai murni (Biasanya tak per terangkan panjang lebar cara main sebab murid lebih tahu)
4-Guru beri beberapa syarat pada murid.
-MURID PERLU LIHAT SEMUA GAMBAR-GAMBAR DIDALAM DAM TERSEBUT.
-MURID PERLU HAFAL NILAI MURNI DI SETIAP GAMBAR.
5-Guru beri masa 20 minit untuk murid bermain.
6-Kemudian sesi soal jawab berlaku di mana guru menyoal murid-murid gambar apa yang terdapat dalam dam nilai murni, nilai murni apa yang sesuai dan sebagainya.
7-Guru menekankan nilai murni dalam kehidupan seharian murid dan dalam menjawab soalan bahasa melayu.









Tiada ulasan:

Catat Komen