9.7.15

REFLEKSI FOLLOW UP DARI PROGRAM KUNJUNG KASIH

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Selamat menjalani ibadah berpuasa. Moga puasa kita diterima dan doa kita dibulan mulia ini diangkat oleh Allah.

Baiklah hari ini cikgu nak berkongsi pengalaman dan perkongsian cikgu tika cikgu ziarah rumah murid kesan dari Program Kunjung Kasih yang Team MGKK SR laksanakan sebelum ini. Murid terpilih ini ialah murid dari SK Nam Heng.

Sebenarnya selepas Program Kunjung Kasih ke SK Nam Heng, balik ke rumah cikgu masih rasa tak sedap hati. Malah tak berpuas hati.  Sebab, masa program berjalan cikgu terpandang sesusuk tubuh kerdil yang berbeza dari murid lain. Pakaiannya sangat kuning, tidak bergosok, gigi kuning, kasut dua-dua hitam berkoyak. Namanya dirahsiakan, cikgu letak saja di sini namanya D. bercita-cita menjadi seoarng chef, ada adik juga iaitu Z yang bercita-cita menjadi guru besar.

Pada hujung program ada keterlibatan ibu bapa. Cikgu lihat ayah D dari mula program hingga habis program tetap memeluk D. Manakala Z bersama ibunya. Jelas kelihatan ayah D sangat menyayangi anak-anaknya. Cikgu dimaklumkan rumah D jauh. Ayahnya bawa motor ke sekolah. Mungkin masa program ini ayah dia berulang alik 2 kali membawa isteri, D dan adik-adiknya.

Selepas program cikgu segera dapatkan maklumat D daripada guru besar sekolah itu. Guru besar sedia berkongsi kisah keluarga D. Sebelum balik cikgu sempat berpesan pada guru besar jika dia mahu ke rumah murid tersebut boleh pelawa cikgu sekali.

5 hari selepas itu, guru besar hantar mesej dan pelawa cikgu untuk turut serta ke rumah D. Alhamdulillah, cikgu segera maklumkan pada Team Kunjung Kasih untuk kumpul barang-barang sumbangan. cikgu juga turut pelawa rakan GBK dari daerah kulaijaya iaitu Cikgu Norahasida dan dia juga berminat untuk bersama. Jadinya yang pergi melawat ke rumah D ialah cikgu, cikgu norahasida dan guru besar.

Untuk makluman rumah D ini tidak ada air dan api. Sumber air hanya dari air perigi belakang rumah. Ayah D kerja sebagai nelayan dan ibunya suri rumah.

Cikgu doakan D dan keluarga akan baik-baik sahaja. Moga D dapat membesar dengan baik, kerja dan dapat bantu keluarga.

Kita tak tahu susah orang, kita tak sedar apa yang berlaku disekeliling kita. Sedikit bantuan kita mungkin cahaya terang yang menerangi mereka. Berkongsi rezeki bersama.

Ini sedikit sumbangan 

Jalan ke rumah D

Jalan ini tanahnya ada kala tak elok sebab laluan lori

Jauh ke dalam

Nampak rumah D dari jauh

Ini rumah nenek D, sebelah rumah keluarganya. Rumah nenek ini kosong dan tiada yang tinggal. Memang tak boleh duduk rumah ini. Dah teruk sangat

Inilah rumah D

Keadaan rumah

Keadaan rumah

Air perigi tempat kelaurga ini mandi

Dalam rumah

Sedikit sumbangan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan