9.7.15

SERANGAN PUZZLE KERJAYA

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hari ini cikgu buat bimbingan di kelas 5 bestari. Ciikgu ada buat BBM Kerjaya. Iaitu Puzzle Kerjaya namanya. Cikgu buat sendiri. Sesiapa yang mahu boleh lah ambil di tajuk muat turun bahan ya. Cikgu dah siap letak dalam tu.

Oleh kerana hari ini banyak kelas yang cikgu masuk, cikgu tak dapat nak siapkan puzzle ini. Cikgu sempat buat, print dan liminate aja. Gunting tak sempat. Jadinya cikgu minta bantuan murid kelas untuk gunting puzzle ini dahulu. Tak banyak hanya 10 keping. Sebenarnya ada 15 keping tapi lagi 5 tak sempat liminate,plastik liminate habis.

Lepas gunting setiap satu puzzle cikgu masukkan dalam sampul surat. Senang tak perlu risau kalau tercampur. Cikgu akan mula laksanakan puzzel kerjaya ini bila dah siap sepenuhnya. Jangkaan cikgu 2 orang murid perlu siapkan 1 puzzle kerjaya ini.

Ni sahaja yang termampu. Nak beli kena jimat-jimat. banyak benda baru nak kena buat semula. Jadilah puzzle home made.

Nantikan ya serangan PUZZLE KERJAYA menghantui murid-murid SK Bandar Mas bermula minggu depan!

Oh lupa, terima kasih anak-anak 5 bestari bantu cikgu tadi.











Tiada ulasan:

Catat Komen