24.8.15

Bimbingn Modul Akademik-IKRAR SAYA SEORANG SATRIA

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar semua? harapnya semua rakan pembaca sihat hendaknya dan berada dibawah rahmat Allah.

Hari ini cikgu laksanakan bimbingan bersama murid tahun 2 Bestari. Awal pagi cikgu naik ke bilik kaunseling untuk menyiapkan bahan yang bersesuaian.

Kali ini cikgu tulis ikrar dihadapan papan putih. Ikrar yang sangat mudah dan ringkas. Sesuailah untuk murid tahap1.

Objektif:
1-Menyemai dalam diri murid semangat untuk berjaya

Bahan:
1-Maker sahaja sebab cikgu tulis di papan putih

Langkah:
1- Guru mulakan pengenalan dengan meminta murid membaca ikrar sekolah. Kemudian guru menerangkan kepentingan ikrar.
2-Guru menulis di papan putih ikrar tersebut.
3-Minta murid berdiri sambil mengangkat tangan dan membaca ikrar. Boleh juga dibuat dalam kumpulan-kumpulan.
4-Setelah habis baca ikrar guru boleh tambah ayat lain. Contohnya DENGAN INI SAYA BERJANJI AKAN MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN / SAYA BERJANJI TIDAK MENINGGALKAN SOLAT LAGI / SAYA BERJANJI AKAN HORMAT PADA KEDUA IBU BAPA.



Tiada ulasan:

Catat Komen