24.8.15

Modul Akademik-Aku Seorang pelajar Satria

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar?

Hari ini cikgu masuk kekelas 6 Bestari untuk laksana bimbingan. Semalam cikgu dah masuk ke kelas 6 Arif. Hal yang sama untuk hari ini.

Niat cikgu hanya mahu semangat mereka tidak putus!
Cikgu cuba sedaya upaya membakar dan menaikkan lagi semangat mereka

Objektif:
1-Menyemai dalam diri murid semangat untuk berjaya

Bahan:
1-Helaian Ikrar

Langkah:
1- Guru cuba membakar semangat murid dengan laungan YAKIN BOLEH! SAYA HEBAT! YES,YES I CAN DO IT! K
2-Guru mengedarkan helaian ikrar.
3-Minta murid berdiri sambil mengangkat tangan dan membaca ikrar. Boleh juga dibuat dalam kumpulan-kumpulan.
4-Setelah habis baca ikrar guru boleh tambah ayat lain. Contohnya DENGAN INI SAYA BERJANJI AKAN MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM UPSR






Tiada ulasan:

Catat Komen