24.8.15

Modul Kerjaya-Kenali Pekerjaan

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar? Moga semua sihat walafiat di samping orang-orang sekeliling yang disayangi. Sentiasalah semai rasa cinta,kasih kepada saudara mara kita.

Hari ini cikgu laksana bimbingan di kelas 2 cerdas. Seronok masuk kelas ni. Walaupun kelas ketiga dalam tahun 2 namun muridnya sangat mendengar kata.

Hari ini cikgu nak buat modul kerjaya. Saja mahu uji pengetahuan murid dengan soalan yang mudah-mudah sebab mereka masih tahun 2 kan.

Objektifnya:
-Memberi pendedahan kepada murid nama pekerjaan

Bahan:
-Tiada

Langkah-langkah:
1-Guru menyoal murid dengan soalan yang mudah dan bersesuaian.
PERNAH NAMPAK POSMEN?
PERNAH NAMPAK DOKTOR?
PERNAH NAMPAK ASKAR LALU?
AYAH AWAK KERJA APA?
MAK AWAK KERJA APA?
KAKAK DAN ABANG DAH KERJA BELUM?

2-Bila murid boleh jawab semua soalan tu barulah cikgu alih pada soalan yang agak berat sikit.
DOKTOR KERJA PAKAI BAJU APA?
KERJA APA YANG KENA PAKAI UNIFORM SERAGAM?

3-Kemudian minta murid sorang-sorang kedepan untuk tulis nama pekerjaan. Ingatkan murid agar pekerjaan yang dah ditulis oleh rakan tidak boleh diulang semula.










Tiada ulasan:

Catat Komen