24.8.15

Pecutan Akhir UPSR

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar? harap semua sihat ya. Hari ini telah diadakan Program Pecutan Akhir bagi murid tahun 6. Namun tidak semua yang terlibat. Cikgu hanya panggil ibu bapa penjaga murid yang gagal dalam percubaan upsr hari tu. Dalam masa yang sama cikgu panggi murid nier miss A.

Seramai 16 murid dari kelas 6 Arif, 5 murid dari kelas 6 Bestari dan 25 murid dari 6 Cerdas.

Tentatif seperti dibawah:
-Tempat: Dewan Seri Zahara
-Masa: 8.00 pagi hingga 10.00 pagi
-Sasaran: Ibu bapa penjaga murid yang terlibat
-Guru terlibat: Guru mata pelajaran Cikgu Kamil, Cikgu Zikeri,Cikgu Hazil dan Cikgu Mr Razaham.
-Pengerusi: Cikgu Norazizah

Peri pentingnya pihak sekolah memanggil ibu bapa penjaga murid-murid yang gagal dalam percubaan ini. Walaupun UPSR hanya tinggal 22 hari saja lagi, namun WALAU DEKAT MASIH SEMPAT!

Cikgu juga memanggil 16 orang murid cemerlang atas sebab murid yang dapat 5A sejak Ujian 1, Penggal dan Percubaan adalah murid yang berlainan.







Tiada ulasan:

Catat Komen