1.9.15

Bantu Murid

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum, ok hari ini cikgu tak bercerita panjang.  Cikgu nak cerita kejadian pada  2 hari lepas. Pendek kata murid cikgu tahun 6 sudah 4 hari tidak hadir ke sekolah. Manakan tidak risau, UPSR lagi 10 hari sahaja lagi.

Balik sekolah terus ke rumah murid. (Ini kali kedua cikgu kerumah dia). Rupanya demam + batuk + selesema. Ayahnya tidak balik sudah 3 hari, mak tak sihat dan tiada kenderaan untuk ke klinik. Cikgu suh siap-siap untuk bawa dia ke klinik. Mujur rumah cikgu dekat saja. Balik sekejap maklumkan pada suami.

Di klinik ambil darah untuk kepastiaan tiada denggi. Hasil keputusan dia ada kuman sikit dalam darah. Dapatlah MC hingga esok. Harap murid ini cepat baik. Kejap lagi nak masuk kelas nak tengok dia datang tak harini.


Tiada ulasan:

Catat Komen