1.9.15

Ke Rumah Murid Lagi (Bersama GB, GPK HEM dan Guru Kelas)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada smeua pembaca blog cikgu. Apa khabar semua? Harap sihat hendaknya ya. Oklah, masih ingat tak sebelum ini cikgu ada post kisah murid tahun 6 cikgu yang tak datang sekolah sebab tak sihat dan cikgu bawa dia ke klinik?

Pagi ini cikgu cek dia di kelas, sah tak datang! jadinya jumlah tak datang 7 hari berturut-turut. Cikgu apa lagi, macam lipas kudung jumpa GB. yelah 7 hari nak UPSR ok!

Jumpa GB terangkan perihal murid ini serba sedikit dan terus GB ajak GPK HEM, dan guru kelas pi rumah murid. Kami jalan kaki saja sebab rumahnya dekat dengan sekolah.

GB dan cikgu pujuk murid tersebut bersilih ganti. Habis akal cikgu cikgu ni. Ni kali ke 3 cikgu pi rumah murid ini. Insya-Allah harap esok dia kembali ke sekolah dan bersedia untuk UPSR pada minggu depan.

Hailaaaa anak-anak.... kamu yang nak UPSR cikgu yang tak tidur malam pikir.

JALAN KAKI AJE

GB SEDANG MEMUJUK MURID



Tiada ulasan:

Catat Komen