1.9.15

Packing kismis dan air zam-zam untuk 3 hari UPSR

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Lagi 7 hari saja nak UPSR. Aduiii berderau rasa. Kita pula yang risau dan berdebar-debar.

Sudah jadi rutin setiap kali hari UPSR tu, 3 hari akan diberikan air zam-zam kepada murid sebelum masuk dewan periksa. Kismis pula kita bagi awak letak disetiap kelas. Untuk tahun ini kita kekurangan bajet. Huuhuhu...

Jadinya kita berikan air zam-zam dan kismis pada hari peperiksaan sebenar. Dalam masa yang sama peringatkan murid agar amalkan makan kismis dan minum air zam-zam sejak dari bulan januari lagi. Minta mak ayah belikan.

Hari ini cikgu dan cikgu siti meriam mula proses kismis dan air zam-zam. Ecehhhh! macam kerja berat pula.

Kami masukkan kismis dan air zam-zam dalam bekas plastik kecil sahaja. Senang murid nak pegang dan cari dalam bakul yang akan disediakan nanti mengikut nombor giliran.




Tiada ulasan:

Catat Komen