6.9.15

PEMBENTANGAN JADUAL MAKAN UPSR DAN JADUAL UJIAN UPTITUD TAHUN 6

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada smeua pembaca blog cikgu. Apa khabar semua? harap semua berada didalam keadaan shat hendaknya dan berada di bwah rahmat Allah.

Seperti yang diarahkan oleh GPK 1 cikgu Pn Satinah, seperti biasa juga bila menjelang tarikh nak UPSR cikgu perlu bersedia merangka jadual makanan murid UPSR juga jadual sewaktu ujian uptitud dijalankan.  Jadual makan ni penting sebab perlu ada guru-guru yang bertugas menjaga makan murid UPSR yang merangkumi sarapan, kudapan dan makan tengah hari. Jika tiada guru yang bertugas waktu makan ni dikhuatiri murid berebut-berebut mengambil makanan. Guru yang bertugas untuk jaga makanan pada 3 hari UPSR ini cikgu ambil guru tahun 1,2 dan 3 sebab murid 1-3 dicutikan.

Cikgu juga susun atur jadual ketika ujian uptitud yang mana ujian tu dijalankan waktu petang. Jadi hari khamis tu murid tak dibenarkan balik. Perlu ada guru yang bertugas untuk jaga makanan tengah hari, kawalan murid untuk solat dan sebagainya.

Jadi, hari ini sedikit masa diambil untuk beri taklimat kepada semua guru-guru. Harapnya semua berjalan dengan lancar pada 8.9 dan 10 september 2015 ini. Juga harapnya tiadalah ulangan UPSR lagi ya. Macam biasa si pengambil gambar tiada dalam gambar.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan