6.9.15

Relaksasi Minda dan Relaksasi Badan Yang Murid Cikgu Paling Suka

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Harap semuanya sihat dan berada dubawah lindungan Allah SWT. Aminn.

Ok, hari ini cikgu nak cerita tentang satu rileksasi yang murid-murid cikgu suka benar. Biasa kalau masuk kelas bimbingan mesti mereka minta untuk buat relaksasi dahulu. Dan biasanya juga cikgu akan turutkan sebab apa..... sebab mereka berjanji akan berkelakuan baik untuk mendengar bimbingan yang cikgu sampaikan selepas rileksasi. Mestilah cikgu pun seronok kalaulah dijanjikan begitu. hihihi... Dan kebiasaannya juga mereka menepati janji dan selesai rileksasi cikgu dengan mudahnya beri bimbingan ikut modul dan waktu berjalan sangat cepat kerana kerjasama mereka yang baik. beberapa kali cikgu cikgu tak sedar masa dah habis.

Cikgu nak kongsi cara cikgu buat Rileksasi Minda dan Rileksasi Badan yang cikgu buat ni. Mudah saja. Memula dulu cikgu belajar dengan Cikgu Tee Mei Lian pada awal tahun lepas. Kami kenal sewaktu sama-sama buat pembentangan amalan terbaik negeri pada 2014. Rentetan dari situ daerah cikgu buat lawatan ke sekolah cikgu tee dan belajar bagaimana relaksasi dijalankan. Tapi masa tu kami dengar dengan bahasa cina. Agak tak berapa faham. Jadi di sini cikgu mudahkan pada bahasa yang cikgu mudah faham dan paling penting anak murid cikgu yang sekolah rendah ni pun faham. Jadi cikgu berikan langkah dan ayat yang biasa cikgu gunakan ya.

Memula kita belajar RELAKSASI MINDA dahulu. Cikgu mudahkan sebab anak murid cikgu sekolah rendah. Kalau murid sekolah menengah bolehlah guna bahasa yang aras tinggi ye. Ini ada beberapa gambar murid-murid cikgu waktu laksana relaksasi minda. Gambar-gambar lain boleh tengok dalam blog ini juga. JOM!

Baiklah anak-anak, kita mulakan hari yang indah ini dengan relaksasi minda. Agar ketenangan muncul dalam diri, agar aura positif sentiasa menyelubungi diri. Baiklah. Sudah sedia?? Duduk dengan selesa. Duduk dalam keadaan anak-anak paling selesa.. Tangan di atas peha. Dah sedia?  Dalam kiraan 3 bila cikgu sebut 3 baru semua tutup mata. 1....2...3..

Tarik nafas...hembus..tarik nafas dan hembus... tarik nafas lagi dan hembus..

Kita mula dari atas kepala. Fokuskan kepada fikiran anak-anak. Kosongkan minda. Usah fikir apa-apa. Rileksss... kosongkan minda, rilekss...

Kemudian turun kepada mata.Pastikan mata anak-anak tertutup rapat. Tidak terlalu kuat.Pejam dengan lembut seperti anak-anak sedang tidur yang sangat-sangat lena. Rileks.. Sambil itu bernafas dengan lembut. Rilekss..

Turun pula pada hidung, pastikan anak-anak menggunakan hidung untuk bernafas dengan betul. Perlahan-lahan dan tidak terlalu laju. Rilekss.. Rilekss..

Sekarang turun pada bibir. Pastikan bibir atas dan bawah ditutup rapat. Lidah tidak bergerak-gerak didalam mulut. Rileks.. 

Jatuhkan bahu anak-anak seperti sedang melepaskan penat. Rileks... nafas dengan perlahan , rilekss..

Pastikan jari jemari tidak bergerak-gerak dan kaki juga tidak bergerak-gerak. (Jika duduk dikerusi boleh katakan pastikan tapak kaki rapat dengan lantai). Rilekss.. rilekss..

Baiklah kita mula dari atas kepala semua.. (Ulang langkah di atas)

Sekarang cikgu mahu anak-anak bisik dalam hati. 
-Terima kasih Ya Allah kerana aku masih hidup pada hari ini
-Terima kasih mak ayah kerana melahirkan aku didunia ini.
-Terima kasih cikgu kerana beri ilmu padaku.

Sekarang cikgu mahu anak-anak bisik kata-kata terima kasih pula pada diri.
-Terima kasih tangan kerana bantu aku untuk menulis selama ini
-Terima kasih kaki kerana aku boleh sampai kesekolah dengan selamat

Ok, sekarang bisik juga kata-kata janji pada diri.
-Aku berjanji akan puasa penuh pada tahun depan
-Aku berjanji tidak akan meninggalkan solat lagi
-Aku berjanji tidak akan meninggikan suara pada mak dan ayah lagi
-Aku berjanji akan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan selepas ini.

Tarik nafas...hembus..tarik nafas lagi..hembus..tarik nafas dan hembus..

Dalam kiraan 3 bila cikgu sebut 3 semua buka mata dan kekal senyap. 1...2....3.. Murid semua minum air dahulu barulah boleh bercakap. 

PERINGATAN PENTING. JIKA SELEPAS SEBUTAN KE 3 DAN MASIH ADA MURID YANG BELUM SEDAR, BOLEH BIARKAN. BERIKAN MASA UNTUK MURID TERSEBUT UNTUK BANGUN.



Ok, sekarang cikgu nak kongsi cara cikgu laksanakan Relaksasi Badan pula.  Biasa selepas relaksasi minda cikgu akan buat relaksasi badan sebagai kesinambungan.  Sebab apa? kerana biasanya lepas buat relaksasi minda, murid akan rasa seperti baru bangun tidur, masih ngantok, tenang, sendi-sendi lemah.. jadi perlunya ada kesinambungan untuk rehatkan sendi-sendi pula.  ok JOM!


Baiklah anak-anak, sekarang kita akan sama-sama buat relaksasi badan. Betulkan kedudukan awak. Duduk dalam barisan. Pastikan barisan semuanya tegak. Dan duduk dalam keadaan yang awak paling selesa.

Sebentar lagi anak-anak akan merehatkan tubuh masing-masing. Pastikan rakan-rakan selesa dengan awak dan pastinya awak akan selesa dengan kawan juga. Sama-samalah kita beri keselesaan kepada orang disekeliling kita. 

Cikgu akan mulakan ikut barisan. Murid yang barisannya cikgu sebut akan baring, letakkan kepala anak-anak diatas betis rakan dibelakang. Tutup mata dan tangan kiam. Tangan perlu diletakkan diatas pusat agar pernafasan anak-anak dapat dirasai dan dapat pastikan anak-anak semua bernafas dengan tenang.

Baiklah dah sedia semua? Kita mulakan dari barisan 1 turun.. barisan 2 turun... barisan 3 turun... seterusnya.....

Ok, cikgu beria anak-anak masa 10 minit untuk rehatkan diri anak-anak. Cikgu beri peluang untuk anak-anak rehat, rilekss..kosongkan minda atau fikirkan hal yang indah-indah..tenangkan diri dan boleh tidur. 

Selepas 10 minit. 

Baiklah anak-anak..10 minit sudah berlalu. Dalam kiraan 3 apabila cikgu sebut 3 semua murid boleh buka mata dan bangun dengan perlahan.Kekalkan kesenyapan. 

PERINGATAN PENTING. JIKA SELEPAS SEBUTAN KE 3 DAN MASIH ADA MURID YANG BELUM SEDAR, BOLEH BIARKAN. BERIKAN MASA UNTUK MURID TERSEBUT UNTUK BANGUN.





Tiada ulasan:

Catat Komen