5.1.16

Ingin Bilik Bimbingan Selesa, Bersih Kondusif dan Teraputik?

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Alhamdulillah sejuta kali. Asalamualaikum kepada semua rakan pembaca blog ini. Moga kita semua sihat walafiat ya. Sentiasa terlindung dari mara bahaya.

Ada rakan-rakan GBK sekolah rendah yang bertanya dan minta pendapat saya bagaimana nak jadikan bilik bimbingan menjadi bilik yang cantik dan dan ada faktor Wow!. Ini pendapat peribadi saya. Tidak boleh menerima pun saya tak kisah.hihih..
1-Sejujurnya saya pun suka suasana bilik bimbingan menjadi bilik yang bersih, selesa dan teraputik. Murid-murid nak masuk pun seronok lagi2 murid sekolah rendah. Cikgu2 dan pentadbir pun ada rasa terpesona dengan bilik kita. Jika cikgu berjaya wujudkan suasana sebegitu saya ucapkan tahniah! cikgu luar biasa hebat!
2-Namun demikian nak mulakan suatu hal yang baru banyak pengorbanannya. Bukan macam alakazam, cakap2 je jadi. Jika sekolah besar, sekolah banyak link dan sumber kewangan, sekolah yang cikgunya pandai cari sponsor ianya ada kelebihan berbanding sekolah kecil, sekolah luar bandar,dan sekolah yang hantar 10 proposal bantuan kewangan pun tak dapat2 pasti "sakit"
3-Pengorbanan tu besar, bukan sedikit. Masa, kewangan. Masa kita dengan keluarga kadang2 takde. Curi2 buat kerja nk siapkan bilik bimbingan. habiskan cuti bersama keluarga di hujungminggu dengan berada di bilik bimbingan. balik petang sampai lewat ambik anak di rumah pengasuh. Kira bilik bimbingan tu jadi rumah ke dua kita sampailah bilik tu siap. Bab kewangan tu kalo takde tercuit duit kita memang tak sah. Duit cikgu duit murid. Haa tu falsafahnya. Kalo dapat sumbangan luar memang tak payah pikir bab ni ya. kita nak beli cat, nak pilih tema yang sesuai dengan barangan dalaman bilik. Kalo kita minta bantuan staff misalnya kita nak juga sediakan duit kopi atau makan2 mereka. Bak kata orang berbudi kita berbahasa. 
4-Pilihlah tema yang sesuai dan cikgu rasa MAMPU dan ada daya nak buat. Jangan separuh jalan. Siapkan bagi habis. sebab tu tema tu pilih awal2 yang cikgu mampu laksana dan bina.Saya sarankan kalau nak ikut contoh2 rakan2 gbk lain bolehlah cikgu ubah sedikit bagi fresh kata orang. pastinya kita teringin nak idea sendiri kan. 
5-Jika cikgu punya kakitangan yang cukup mcm mak cik tukang kebun, rakan2 guru yang lain yang bersatu hati membantu cikgu itu sangat bagus. Bagi yang takde kelebihan ni macam saya bebanyak sabar lah ye. Takpe pelan2. 
6-Perabot ke,rak ke, kerusi ke, kalo merancang nak beli dan duit terhad beli lah kat kedai seconhand punya perabot. Perabot lama yang ada tu boleh pasang wallpaper DIY je bagi lawa semula. Yang ada duit lebih tu boleh pi IKEA. 
7-Pokok2 bunga tu cikgu beli jelah ppasu dan tanah. bagi kat makcik tukang kebun suh semaikan pokok bunga. Nanti letak lah kat luar bilik kita. Ha, kalo nak sponsor tu tulis surat kat majlis bandaran mintak bunga.hihihih
8-Bilik jangan kraudett sangat lah ya. saya pernah sebelum ni ada bilik penuh dengan bahan. Tak nampak dinding. Kemudian bila dapat bilik lain saya sedekah je bahan kat bilik lama kat cikgu2 yang nak. Bilik baru tak kraudett cam bilik lama. Dulu semangat, memacam nak letak.Sekarang malas. 
9-Takpe kalo takde aircont. kipas kan ada.....kalo nak sangat mohonlah ngan pibg, atau syarikat2 
10-Ha, ni penting saya nak pesan. Kalo bilik bimbingan lawa tapi perkhidmatan bimbingan yang cikgu tawarkan tak segah bilik cikgu pun tak ok gak. hihihihih...marah ke??? 
11-saya letak perkhidmatan bimbingan saya No 1 baru lah bilik No 2. Kerja itu ibadah.

2 ulasan: