2.1.16

Persediaan Menjelang 2016

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.Moga semuanya berada di dalam keadaan sihat hendaknya. Alhamdulillah.

Sekarang dah melangkah ke tahun baru 2016. Cikgu hadir ke sekolah untuk menyiapkan bahan-bahan sebagai persediaan masuk ke tahun baharu. Banyak yang di fikirkan tapi tak tahu yang menjadi nanti sebanyak yang difikirkan atau tak.

Alhamdulillah untuk setakat ini yang dah berjaya disiapkan antaranya:
-beli bakul untuk letak buku nota bimbingan murid 16 kelas.
-stiker untuk tampal semua buku nota bimbingan murid da siap
-buku rekod bimbingan individu/kelompok/kelas dah print dan binding
-notebook personal dan print n binding
-rekod pdp online frogvle minggu pertama sekolah dah siap
-lengkapkan buku kelab bimbingan kaunseling 2016
-senarai nama murid ikut kelas bagi tahun 2016 dah siap print.
-betulkan board bimbingan
-sapu sampah bilik bimbingan kaunseling
-Tampal carta-carta di laluan ke bilik bimbingan
-Da letak pokok palsu dalam air terjun
-6 hadiah untuk murid paling awal datang sekolah hari pertama dah bungkus.
-beli alat tulis baru

ok.macam budak-budak nak naik sekolah pula dah. Nanti update lagi ya.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan