25.4.16

Kursus Kepimpinan Pengawas Dan Kelab Bimbingan Dan Kaunseling

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu hari ini. Moga semua sihat. Bagaimana sesi awal persekolahan cikgu-cikgu? harapnya berjalan baik ya.

Hari ini hari Jumaat. 29 Januari 2016. Sekolah cikgu cuti. Johor cutinya jumaat sabtu kan. Tapi hari ini berlangsungnya kursus kepimpinan pengawas dan cikgu selitkan juga penglibatan ahli kelab bimbingan kaunseling yang bapa kerat aja tu. hihihih.

Agenda hari ini ialah:
Slot 1: Ceramah Motivasi  Kepimpinan dari cikgu sendiri.
           - Ceramah kepimpinan
           - Lukisan Hidupku. Ini cikgu nak murid kenali karektor dan cuba tonjolkan sifat pemimpin                    dalam diri
           - Aktiviti Maharajaku Pemimpinku. Yang ni sebuah LDK yang memerlukan murid                                 menunjukkan kerjasama bagi memastikan maharaja sampai ke singgahsana dengan selamat.
           - Rehat dan makan
Slot 2 : Praktikal. Yang ni cikgu bahagikan dalam kelompok yang dikendalikan oleh guru pengawas.
            -Pengawas perempuan berlatih membaca teks pengacaraan dalam bahasa melayu,bahasa                      inggeris dan bahasa arab.
            -Pengawas lelaki berlatih membaca doa dan ikrar yang betul dan lantang
            - Masa tu nak berlatih pasang turun naik bendera tapi sebab hujan. Berlatih tunjuk dalam
              dewan saja.

Harapan cikgu selepas ini tiada lagi pengawas yang lambat naikkan bendera, yang takut dan bagi pelbagai alasan jika diminta membaca doa, suara yang perlahan ketika membaca ikrar dan tidak lagi berpuak-puak dalam bekerja sepasukan.

Moga anda semua menjadi pelapis negara yang berdisiplin, amanah dan jujur dalam menjalankan tugas.








Tiada ulasan:

Catat Komen