14.6.16

Bimbingan Ice Breaking (Car wash)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Diharap semua sihat hendaknya.

Hari ini cikgu buat Ice Breaking , tajuknya  Car Wash. Eeeee seronok ye.

BAHAN:
-Belon bewarna

OBJEKTIF:
1-Menjalin hubungan keeratan Dan kerjasama sesama rakan.

LANGKAH:
1-Murid masih didalam bulatan besar.
2-Fasi agihkan belon satu setiap murid.
3-Beri murid Masa untuk meniup belon.
4-Murid perempuan menyerahkan belon mereka kepada murid lelaki. Jadi 1 murid lelaki ADA 2 belon.
5-Bariskan murid perempuan seperti keretapi panjang. Tangan diletakkan di bahu rakan.
6-Bariskan murid lelaki kepada 2 baris Dan saling berhadapan. Minta murid lelaki goyangkan belon seperti yang dilakukan oleh mesin car wash.
7-Murid perempuan melalui car wash di tengah2 laluan antara barisan lelaki.
8-Murid lelaki menggerakkan belon tanpa henti.
9-Apabila selesai,fasi bertanya kepada pelajar perempuan yang bertindak menjadi kereta,adakah kereta mereka dibasuh bersih? Jika jawapan tidak,arahkan kereta perempuan untuk ulang semula sehingga bersih. Kemudian ganti lelaki pula.







Tiada ulasan:

Catat Komen