14.6.16

Lawatan Ke Rumah Murid

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar semua? Terima kasih sudi mengunjungi blog ini.

Hari ini cikgu nak kongsikan hal lawatan ke rumah murid. Kali ini cikgu melawat rumah murid tahun 6 yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab iaitu ponteng. Berdasarkan laporan kehadiran dan juga laporan dari guru kelas maka cikgu bersama GPK HEM pergi kerumah murid ini.

Oh ya, jangan lupa ya. Setiap kali kita ke rumah murid berkaitan hal sekolah mesti ada GPK HEM.

Ha, jangan lupa bawa buku laporan iaitu buku yang memerlukan tandatangan penjaga sebagai bukti. Juga fotosted buku kehadiran kelas selama murid ini cuti juga untuk ditunjukkan kepada penjaga.
Kita kena mempersiapkan diri dari sebarang masalah. Itu yang cikgu selalu lakukan jika melibatkan lawatan ke rumah murid.

Di rumah murid tersebut, kami membincangkan sebab ketidakhadiran murid ke sekolah dan cuba untuk mengatasi masalah ini. Perbincangan dari penjaga murid sangat membantu dan memberi kerjasama.  Moga murid ini akan hadir ke sekolah esok. Cikgu tunggu kamu ya!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan