14.6.16

Modul Kesejahteraan Mental (Emosi Hari Ini)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. APa khabar?

Hari ini cikgu laksana bimbingan di kelas 5 Arif. Modul yang digunakan lebih kepada kesejahteraan mental. Iaitu cikgu fokus kepada emosi. Lakaran wajah tu ada di dalam buku 1 Buku 1000 Motivasi. Tinggal perbanyakkan saja. Mudah kan?

BAHAN:
-Lakaran wajah lelaki dan perempuan
-Buku 1 buku 1000 motivasi
-Pensil dan Pensil warna

OBJEKTIF:
-Murid didedahkan dengan pelbagai bentuk emosi
-Murid berkebolehan untuk mengenali emosi dalam diri.

LANGKAH:
-Guru melukis beberapa imej muka di papan hitam.Contohnya smiley emotion bentuk sedih, menangis, gembira. (Soal jawab dengan murid nama emosi tersebut)
-Beri keterangan asbab kepada kejadian emosi. Contohnya jika dapat hadiah akan rasa suka dan wajah akan tersenyum. Bila kena pukul akan sedih dan menangis. Rujuk imej yang dilukis.
-Kemudian nyatakan bahawa manusia normal punya pelbagai emosi. Dan emosi boleh dizahirkan dalam mimik wajah. Dari situ orang sekeliling boleh tahu situasi kita.
-Edarkan lampiran lakaran wajah. Lelaki akan dapat wajah lelaki dan perempuan akan dapat wajah perempuan.  Edarkan juga buku 1 buku 1000 motivasi.
-Minta murid fikirkan keadaan mereka sekarang, perasaan yang mereka rasa, ketahui apa emosi mereka kemudian lukiskan.
-Tampal di dalam buku

Oh ya! Cikgu beri Thumbs Up pada lakaran murid-murid!









Tiada ulasan:

Catat Ulasan