14.6.16

Modul Psikososial & Kesejahteraan Mental-Personalitiku Di Sebalik Topeng

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar hari ini? Selamat menyambut bulan ramadan yang penuh keberkatan dan selamat berpuasa juga.

Hari ini cikgu buat bimbingan di tahun 2 Arif. Jadi cikgu akan kongsikan di sini bimbingan yang cikgu sudah buat ya untuk panduan rakan-rakan GBK.

Bimbingan di kelas 2 Arif
Modul:Psikosial Dan kesejahteraan mental
Tajuk:Personalitiku Disebalik Topeng
Objektif:
-murid didedahkan dengan perwatakan Haiwan yang melambangkan dirinya
-murid berupaya berfikir ciri-ciri dalam diri Dan mengaitkan dengan alam sekeliling.
Arahan:
-Guru memberi arahan dengan jelas Dan satu persatu.
-Guru bersoal jawab dengan murid. Contohnya siapa yang rasa dia ADA sikap penyayang? Siapa di sini yang suka marah-marah? Siapa yang tak suka kemas Dan pengotor?
-guru mengaitkan sikap dengan Haiwan. Contohnya haiwan yang manja seperti kucing, Haiwan yang pengotor seperti badak sumbu Dan lain-lain
-minta murid senaraikan ciri yang ADA dalam diri Dan kaitkan dengan Haiwan di sekeliling.
-kemudian murid diminta buat topeng Haiwan tersebut.







Tiada ulasan:

Catat Komen