14.6.16

Modul Psikososial & Kesejahteraan Mental-Hati

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Seperti biasa pada hari ahad cikgu ada kelas bimbingan bersama anak-anak syurga pendidikan khas.

Untuk hari ini cikgu laksana bimbingan modul psikososial dan kesejahteraan mental yang bertajuk HATI. Kenapa cikgu pilih Hati??

Em, walau kita ini tidak sempurna,
walau kita ini ada kurangnya,
walau kita ini tidak berupaya,
namun kita juga punya hati,
bila ada hati maknanya kita ada perasaan,
bila ada perasaan maknanya kita punya pelbagai emosi. 

Itulah keutmaan cikgu. Untuk mereka faham maksud hati. Agar anak syurga ini saling berkasih sayang kerana mereka memang akan sayang pada orang yang membelai,baik,dan merapati mereka. Ajari juga untuk menyambung titik garisan dan menggunting. Ini penting untuk gerakkan psikomotor mereka. 






Tiada ulasan:

Catat Komen