14.6.16

Penanda Buku Hari Guru Dari Unit Bimbingan Dan Kaunseling

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Terima kasih pada pengunjung yang setia. Moga kita tergolong dikalangan hambaNya yang beramal soleh.

Oh ya. ini sebenarnya cerita pada hari guru. Lamabt sikit cikgu post dalam blog ini. Tetapi cikgu dah kongsikan dalam group FB teratak bimbingan cikgu jijah.

Perihal sambutan hari guru ini, unit bimbingan dan kaunseling telah mengedarkan penanda buku kepada murid-murid. Penanda buku tersebut juga mestilah berbau motivasi.hihihi.. dan tidak dilupa ucapan selamat hari guru.

Berebut-rebut murid nak penanda buku ni. Cikgu edarkan apabila masuk ke kelas untuk buat bimbingan. Bila murid seronok kita juga akan jadi seronok, bila dah seronok rappor akan jadi lebih jelekit. Dan masa tu juga kalau kita bagi arahan MESTI murid akan ikut. hihihih..

Selamat hari guru ya!

Tahun depan cikgu dah fikir akan jualan untuk hari guru. Cikgu nak jual buah epal dan coklat. Sebab cikgu teringat masa di sekolah menengah dulu, guru bimbingan tu ada buat jualan begini. AJK Kelab bimbingan akan ambil oder tempahan bagi coklat dan buah epal. Contohnya si A beli untuk si B. Secret Admier lah. Jadi pada hari diedarkan barang tersebut si B akan dapat buah or coklat tanpa tahu atau tahu siapa yang beri. ada kad kecil untuk ucapan disediakan. Masa tu cikgu dan kawan-kawan sangat seronok. Dapat coklat dari kawan macam dapat hadiah besar! Tahun depan nak buat begitulah. Untuk tabungan bilik bimbingan cikgu.




Tiada ulasan:

Catat Komen