14.6.16

Projek Mengenal Jauhari (Berfokus-Murid Galus)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa Khabar hari ini? Harapnya semua sihat walafiat hendaknya.

Alhamdulillah Projek Mengenal Jauhari yang berfokus kepada murid-murid kelompok yang gagal matematik dan sangat lemah matematik bagi tahun 6 dapat berjalan dengan lancar.

Pastinya pembaca ingin tahu apa projek ini kan? cikgu bersama beberapa orang guru yang terlibat di dalam program ini sangat menjaga anak-anak tahun 6 yang berkelompok fokus ini, yang mana dibahagi kepada 2 kelompok iaitu gagal matematik dan gagal bahasa melayu.

Didalam Projek Mengenal Jauhari ini banyak aktiviti yang cikgu rancang. Cikgu ketuanya bagi membimbing guru-guru muda untuk bantu murid tahun 6 ini. Projek terbesar dinamakan 100 HARI MENJELANG UPSR.  Tapi yang ini cikgu akan bincangkan pada lain hari ya.

Beberapa hari lepas,  cikgu bersama kumpulan guru muda cikgu melaksanakan 1 aktiviti yang dah dirancang lama. Sebenarnya dah ditunda sebelum ini asbab masalah ponteng dan pakaian yang tidak dibawa. Akhirnya berjaya juga.
-Kami mengumpul murid ini terlebih dahulu.
-Kami ajari mereka cara membersihkan diri dengan betul, niat mandi dan doa yang betul (masa ni cikgu selitkan sekali aspek bimbingan)
-Contohnya basuh tangan dan ucapkan kata-kata Ya Allah terima kasih kerana aku dapat menulis dengan lancar, dapat membawa beg ke sekolah, dapat bersalaman dengan ibu ayah juga guru dan dapat menulis jawapan periksa dengan baik. Jika basuh kaki pula ucapkan terima kasih Ya Allah kerana aku dapat berjalan seperti orang lain, dapat pergi ke sekolah, dapat berlari bersama rakan-rakan. Begitu juga dengan usapan kepala,niatkan sekali.
-Cikgu minta murid niat dalam hati untuk disucikan hati, minda untuk terima pelajaran.
-Kemudian cikgu mandikan murid. Lelaki bersama cikgu lelaki dan perempuan bersama cikgu perempuan.

Kesannya sangat dasyat ya. Alhamdulillah lepas program ini, esoknya kelompok murid ini tidak pernah tidak hadir kelas tambahan yang cikgu buat. Jika tidak hadir pun tidak sekerap dulu. Malah apabila berjumpa dengan cikgu, murid-murid ini sering bertanya bila kelas lagi cikgu! bila di kelas pula murid akan katakan teruskan cikgu, lagi cikgu!

Pembaca sekalian, jangan salah anggap ya. Ini bukan mandi bunga. Ini bukan mandi buang sial macam kepercayaan orang dulu-dulu. Tidak sesekali!!..

Tetapi objektif ini ialah apabila cikgu memandikan kelompok murid yang lemah ini dengan harapan mereka menganggap kami seperti ibu ayah mereka. Membelai mereka seperti anak sendiri. Merapatkan hubungan cikgu bersama murid hinggakan murid mampu mendengar arahan guru. kerana kesemua murid yang dalam kelompok cikgu ini murid yang alami masalah keluarga. Kasihan mereka. Mereka perlukan perhatian, perlukan bimbingan dan kasih sayang.

Cikgu harap, dengan asbab ini mereka akan mudah dengan kata cikgu untuk lebih rajin ulangkaji, rajin ke sekolah dan menjaga tingkah laku dengan baik. Cikgu doakan kelompok murid ini berjaya menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat.




Tiada ulasan:

Catat Komen