23.12.16

Slot motivasi terakhir- ohh sedihnya

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar hari ini? Moga sihat ya.
Hari ini cikgu laksanakan slot bimbingan dengan semua murid tahun 6. Mereka akan menamatkan sesi persekolahan mereka lagi 5 hari. Sedihnya cikgu.

Bimbingan Motivasi terakhir buat murid tahun 6. Lagi 5 hari saja dapat bersama mereka. Jaga diri baik-baik tika di sekolah menengah. Di mana saja kamu berada jangan lupa agama.

untuk aktiviti kali ini cikgu minta agar semua murid kosongkan minda, jiwa dan hati. Bermuhasabah. Cikgu mahu mereka tinggalkan sekolah ini dengan nama yang baik. Dan kenangan yang manis. 

Cikgu buat relaksasi minda. Lepas ni dah tak dapat kita buat bersama. Kemudian cikgu edarkan sehelai kertas dan minta mereka tulis nota kecil . Nota ditujukan kepada guru yang pernah mereka sakiti hatinya, pernah buat guru itu mengalirkan air mata. Permohonan maaf agar kehidupan mereka akan lebih tenang dan bahagia. 

Kemudian cikgu kumpul dan edarkan kepada guru-guru tersebut. Sambil minta guru itu berlapang dada memaafkan. Itu yang mampu cikgu lakukan untuk kamu.

Selamat menempoh alam remaja!



Read More...

22.12.16

Anugerah Tun Fatimah

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca cikgu. Alhamdulillah sejuta kali.
Pada Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah, ada kejutan buat cikgu. Cikgu dapat anugerah Tun Fatimah dan Kelab bimbingan kaunseling menerima anugerah persatuan terbaik. Alhamdulillah, alhamdulillah.



Read More...

Persembahan ahli kelab kaunseling

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca cikgu. ALhamdulillah, hari ini cikgu berpeluang berkongsi dengan anda semua bakat anak didik cikgu, anak kelab bimbingan dan kaunseling.

Anak kelab bimbingan dan kaunseling di didik dengan komunikasi yang baik, keberanian dan sikap suka mencuba. Ini cikgu tunjukkan salah satu persembahan anak didik cikgu ya. Mari tontoni.

video




Read More...

Johan AT Disiplin SR Kebangsaan

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah. Cikgu nak berkongsi dengan anda. Kejayaan kita semua. Alhamdulillah sejuta kali.




Read More...

Pertandingan sandwich Program Selepas UPSR

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Untuk hari ini cikgu adakan pertandingan membuat sandwich bagi mengisi masa progralm selepas UPSR. Kali ini cikgu bahagi kepada 10 kumpulan. Murid tahun ni ada 98 orang.

Setiap kumpulan memang kreatif. Nampak jelas kerjasama mereka dan tugas yang diberikan dalam kumpulan berjalan dengan baik.

Cikgu minta cikgu umi, cikgu rosmah dan cikgu satinah sebagai juri. Semua juri berpuas hati dengan prestasi murid-murid. Ternyata objektif kali ini untuk murid berupaya memimpin kumpulan, bekerjasama dan berkomunikasi dengan baik berjaya.















Read More...

Pemantauan Nazir Kaunseling

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Alhamdulillah sejuta kali. Selesai pemantauan dari jemaah nazir Kaunseling. Seorang dari Jemaah Nazir Johor dan seorang lagi dari Putrajaya. 

Insya-Allah segala kekurangan diri dan kelemahan diri ini akan cuba diperbaiki lagi selepas ini. banyak yang cikgu perlu belajar dan timba dari pengalaman orang lain. Insya-Allah semua dengan izin dari Yang Esa. 

Read More...

Program Pengasramaan tahun 6

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Mari tontoni video ringkas yang cikgu buat untuk penerangan  Program Pengasramaan Tahun 6
Tarikh: 2-3 Sept 2016

video

Read More...

Pengalaman AT Disiplin Kebangsaan

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog cikgu. Alhamdulillah, Cikgu ada sertai satu pertandingan mewakili negeri Johor. Alhamdulillah dimudahkan urusan cikgu di Perak. Cikgu sebagai pembentang dan pembantu cikgu, cikgu amira sebagai pembantu cikgu. Dia yang handle laptop.

Berdebar sangat sebelum bentang tu sebab cikgu tahu akan banyak soalan oleh juri berkaitan amalan yang cikgu akan bentang. Sampailah 5 minit sebelum giliran cikgu bentang, Pegawai PPD cikgu masih berhubung dengan cikgu melalui HP untuk sama-sama mencari jawapan kepada soalan-soalan yang mungkin bakal ditanya.

Semasa bentang cikgu cuba untuk bentang dengan baik dan anggap itu pembentangan terakhir cikgu, Cikgu cuba pastikan cukup 15 minit cikgu bentang. Sebelum tu tetiap malam cikgu praktik untuk pastikan cikgu cukup 15 minit tidak lebih dari itu.

Cikgu mulakan pembentangan dengan menyanyi.. kenapa? tak caya? hahhaha.. Sungguh!.Tak caya tengok bawah..

Adikku muda remaja
Tepati masa sekolah
Hargai masa yang ada
Ia amalan mulia.... (lagu ni cikgu ikut nyanyian allayarham Sudirman lagu Pesan abang)

Baiklah, saya ingin bertanya kepada tuan-tuan semua, bagaimana tuan-tuan mendidik murid tuan-tuan di sekolah untuk menghargai masa? kami ada cara kami. Mari saya perkenalkan, laman demi masa!

haaaa.. cun tak intro cikgu? huhuhu... itulah intro cikgu masa bentang. kemudian cikgu teruskan pembentangan dan akhirnya cikgu dapat 5 soalan. sob sob sob.. moga jawapan cikgu memenuhi kehendak juri.

Ok kemudian final diadakan di Kedah. Masa ni cikgu hanya diminta untuk membuat pameran.

Pameran Pertandingan Amalan Terbaik Dan Pengurusan Disiplin Dan Kaunseling Kebangsaan 2016 . Terima kasih orang Kedah terima kami Team Johor 11-13 Okt. Last day.








Read More...

Modul Bimbingan Sahsiah DIri-Surat Pusaka

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum. MOga kita semua terus sihat dan dapat beramal ibadah dengan lebih baik.

Hari ini cikgu nak kongsikan aktiviti bimbingan bersama anak-anak kesayangan cikgu.

Bimbingan di kelas 2 arif
Bidang: psikososial dAn kesejahteraan mental
Modul :Sahsiah Diri
Tajuk : Surat Pusaka
Bahan: Buku 1 buku 1000 motivasi

Objektif: menyemai Dan membentuk sahsiah diri murid yang baik dalam proses aliran keinsafan di jiwa murid

Langkah:
-GBK menerangkan maksud surat pusaka dengan ayat yang mudah.
-GBK membacakan sehelai warkah yang diumpakan sebagai wasiat.
-GBK bersoal jawab dengan murid untuk mengetahui kefahaman murid
-GBK mula arahkan murid untuk menulis ringkas wasiat mereka. 



Read More...

Program Motivasi keibubapaan Fasa &

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua. Tengok tajuk tu fasa 7? huhuhu jangan tak caya. Ya, benar ni kali ke 7 program melibatkan ibu bapa tahun 6 pada tahun ini. huhuhu..

Program Motivasi Keibubapaan Fasa 7. 
Agenda:
-Ceramah motivasi ibu bapa
-Taklimat Kem motivasi Dan khemah ibadah
-Penerangan program 2017
-Perkongsian 2 penjaga berjaya


Alhamdulillah berjalan dengan lancar.



Read More...

Program Motivasi Menggilap Permata

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum semua. Alhamdulillah moga kita terus sihat.

Program Motivasi Menggilap Permata Tahun 4 Dan 5. Alhamdulillah selesai dengan jayanya. 
Sebenarnya agak lambat untuk cikgu laksanakan program motivasi melibatkan tahun 4 dan 5 ini. Oleh kerana kekangan masa dan kepadatan aktiviti cikgu. Alhamdulillah selesai juga akhirnya. 




Read More...

Perkongsian Bersama GB/Pengetua

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.

Selesai pembentangan dihadapan Guru Besar Dan Pengetua Daerah Kota Tinggi. Alhamdulillah sejuta kali.Terima kasih PPD Kota Tinggi. Beri saya peluang membentang di hadapan semua Guru Besar Dan Pengetua Daerah Kota. Ngeri tapi seronok. Cikgu di minta untuk berkongsi amalan disiplin Laman Demi Masa. 



Read More...

Aktiviti Jualan Kelab Bimbingan

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah moga kita semua terus sihat ya. Cuaca sekarang panas saja. Banyakkan minum air.

Hari ni cikgu nak kongsikan aktiviti kelab bimbingan dan kaunseling.

Hari ni anak-anak kelab bimbingan Dan kaunseling tahun 5 buat aktiviti jualan. Mereka jual air lemon biru, aiskrim cokelat Dan 3 jenis kerepek. Alhamdulillah semua kerepek laku keras. Air pun 3 balang habis. Esok jualan lagi. Sambil belajar berniaga, mereka kumpul duit untuk buat jamuan akhir tahun kelab nanti. Lebihan duit akan cikgu gunakan untuk beli mesin binding. Tak cukup tambah duit poket lah jawabnya. hihih












Read More...

Program Sederap Langkah Semurni Impian-Kelompok Anak Guru

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu hari ini. Alhamdulillah kita semua masih di beri peluang untuk saling menimba ilmu.

Program hari ini. Sederap Langkah Semurni Impian. Kelompok berfokus anak guru. Haa mesti pelik kan?  Mesti tertanya-tanya kenapa anak guru saja? 

Ya, cikgu bahagikan ikut kelompok. Kelompok berfokus. 
-Kelompok berfokus murid galus
-kelompok berfokus murid cemerlang
-kelompok berfokus tidak lepas baca (baca masih teragak-agak)
-kelompok berfokus lemart (tambah tolak pun tak lepas)
-kelompok berfokus anak guru.

Haa ni kelompok yang cikgu sendiri golongkan. Takde kat sekolah lain. Huhuhu..suka suki cikgu je kan... sebenarnya nak mudahkan kerja cikgu saja. agar penyampaian terus cikgu kepada mereka lebih berfokus dan berobjektif. 

Jadi hari ini kita fokus pada kelompok berfokus anak guru ya. 






Read More...