22.12.16

Buku Profil Murid

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hari ini cikgu nak bercerita tentang BUKU PROFIL MURID.

Ok, sebenarnya 5 tahun yang lepas cikgu create buku profil murid untuk kegunaan cikgu. Bila dah siap cikgu simpan dalam komputer. Cikgu create sebab nak guna buku profil tu bagi murid yang hadir sesi. Dah tak nak pakai borang. Berangannyalah kan. Jadi kalau 1 murid hadiri sesi dia akan bawa buku profil tu sampailah tamat sekolah tahun 6.

Dah cantik dah angan-angan tu. Namun hancur berkecai bila mana SPSK diwujudkan dan digunapakai bermula tahun tersebut. Terpaksa lah guna borang PK13 yang banyak tu. Tak pakai nanti teruk pula masa pemantauan. Tiap hujung tahun je mesti ada pemantauan SPSK. Seksa juga. Bukan tu saja, pemantauan nazir pun nak tengok borang PK13. Haa camna tu, terpaksa juga guna borang tu.

Jadi, terkubur macam tu jelah Buku Profil Murid ni. Bila masuk tahun 2016 SPSK macam senyap saja walau cikgu masih perlu guna PK13 lagi. Angan-angan dahulu terbina semula.  Mana tahu tahun depan boleh guna profil murid ni. hihihihih...





Tiada ulasan:

Catat Komen