22.12.16

Modul Pembangunan Diri - Five Star

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum. Alhamdulillah bertemu sekali lagi kita pada hari ini. Em, Cikgu nak berkongsi tentang bimbingan di dalam kelas bersama murid-murid kesayangan cikgu.

Bimbingan di kelas 5 Arif
Bidang:Perkembangan/Pembangunan Sahsiah Diri Murid
Modul:Personaliti
Tajuk: Five Star


Objektif: 
-Memberi peluang kepada murid mendedahkan sikap/personaliti rakan secara terbuka.
-Mendedahkan murid sisi diri yang tidak diketahui.

LANGKAH:
-Penerangan contoh Dari GBK.
-Murid melukis tapak tangan Dan gunting.
-Tampal tapak tangan dibelakang baju
-Minta rakan menulis sikap diri yang diketahui
*boleh minta murid berbaris Dan tulis rakan didepan
*boleh minta cari 3 rakan untuk tulis
*boleh minta cari berlainan pasangan/jantina
-Apabila selesai minta murid cabut Dan baca nota Dari rakan yang menulis.
-Minta murid muhasabah Dan nilai adakah pandangan rakan itu benar Dan Cuba untuk kekal atau berubah.


*Untuk kali ini cikgu minta murid gerakkan five star serentak kepada rakan disebelah kanan mengikut arahan cikgu. Apabila cikgu kata pass, mereka akan pass dan runtin ini berulang. Jadi semua murid akan dapat five star rakan mereka tanpa bergerak dari meja mereka.

















Tiada ulasan:

Catat Komen