22.12.16

Pengalaman AT Disiplin Kebangsaan

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog cikgu. Alhamdulillah, Cikgu ada sertai satu pertandingan mewakili negeri Johor. Alhamdulillah dimudahkan urusan cikgu di Perak. Cikgu sebagai pembentang dan pembantu cikgu, cikgu amira sebagai pembantu cikgu. Dia yang handle laptop.

Berdebar sangat sebelum bentang tu sebab cikgu tahu akan banyak soalan oleh juri berkaitan amalan yang cikgu akan bentang. Sampailah 5 minit sebelum giliran cikgu bentang, Pegawai PPD cikgu masih berhubung dengan cikgu melalui HP untuk sama-sama mencari jawapan kepada soalan-soalan yang mungkin bakal ditanya.

Semasa bentang cikgu cuba untuk bentang dengan baik dan anggap itu pembentangan terakhir cikgu, Cikgu cuba pastikan cukup 15 minit cikgu bentang. Sebelum tu tetiap malam cikgu praktik untuk pastikan cikgu cukup 15 minit tidak lebih dari itu.

Cikgu mulakan pembentangan dengan menyanyi.. kenapa? tak caya? hahhaha.. Sungguh!.Tak caya tengok bawah..

Adikku muda remaja
Tepati masa sekolah
Hargai masa yang ada
Ia amalan mulia.... (lagu ni cikgu ikut nyanyian allayarham Sudirman lagu Pesan abang)

Baiklah, saya ingin bertanya kepada tuan-tuan semua, bagaimana tuan-tuan mendidik murid tuan-tuan di sekolah untuk menghargai masa? kami ada cara kami. Mari saya perkenalkan, laman demi masa!

haaaa.. cun tak intro cikgu? huhuhu... itulah intro cikgu masa bentang. kemudian cikgu teruskan pembentangan dan akhirnya cikgu dapat 5 soalan. sob sob sob.. moga jawapan cikgu memenuhi kehendak juri.

Ok kemudian final diadakan di Kedah. Masa ni cikgu hanya diminta untuk membuat pameran.

Pameran Pertandingan Amalan Terbaik Dan Pengurusan Disiplin Dan Kaunseling Kebangsaan 2016 . Terima kasih orang Kedah terima kami Team Johor 11-13 Okt. Last day.








2 ulasan:

  1. sudi tak kongsikan apa yang dilakukan di lama demi masa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. asalamualaikum. sudah pasti boleh. Dalam blog ini encik/puan boleh cari dari 2014 hingga kini. ada saya kongsikan perjalanan LDM. Jika mahu lebih jelas boleh dapatkan CD dokumentasi/slide masa pembentangan kebangsaan. RM10 saja.

      Padam