22.12.16

Relaksasi Azan Murid-Saat Peperiksaan

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur cikgu untuk berjumpa dengan awak semua.

Hari ini cikgu nak kongsikan tentang Relaksasi Azan yang cikgu dah aplikasikan di sekolah cikgu bermula pada 2011 lagi. Cikgu laksanakan ketika tiap kali adanya peperiksaan besar.

Cikgu melihat azan dari sudut gelombang otak.
Azan bukan sekadar seruan solat tetapi lebih dari itu. Azan memberi impak yang besar di dalam kehidupan manusia. Bahkan sesuatu yang cukup indah, sukar digambarkan dengan kata-kata. Jelasnya, kebanyakan orang Islam tidak perasan, azan boleh memberi kesan yang besar di dalam kehidupan. 

Bila murid cikgu melaungkan azan, murid lain  memberi perhatian, di amati, bermuhasabah, berdoa pada waktu mustajab, diyakini adanya malaikat pada majlis ilmu, pastinya hati menjadi tenang dan fikiran menjadi lapang.

Di bawah cikgu tunjukkan azan yang dilaungkan oleh murid cikgu.

video

Tiada ulasan:

Catat Ulasan