22.12.16

Surat Ucapan Tahniah Murid

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua. Untuk tahun ini masih diteruskan lagi dengan memberi surat ucapan tahniah kepada murid tahun 6 yang memperolehi keputusan yang baik.

Cikgu dah buat ni bermula 2014. Masa tu idea ni dapat tiba-tiba saja untuk beri surat tahniah pada penjaga atas usaha murni mereka juga anak-anak ini berjaya.

Pasti ibu bapa bangga bila menerima surat ini. Pernah rakan guru di sekolah cikgu jumpa cikgu dan mengatakan ada penjaga seronok bila dapat surat tahniah ni. Lagi semangat penjaga tu untuk bantu pantau anak dia di rumah.

Ni sebagai salah satu usaha untuk kita dan penjaga saling membantu demi kejayaan anak-anak kita.  Insya-Allah akan diteruskan.



Tiada ulasan:

Catat Komen