17.10.17

Buku Lembaran Aktiviti Trait Personaliti Sekolah Rendah (Fasa 1)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum semua.. Haa, hari ni cikgu ada pengumuman lagi...

Buku Lembaran Aktiviti Trait Personaliti Sekolah Rendah (Fasa 1) 🌺Wahhh! 🌼🌼🌼Pasti murid kita teruja!🌺🌺 Aktiviti menarik 20 muka surat. Soft Copy PDF RM10. Mesej saya terus bagi yang bersungguh mahukannya. 
🌷Copyright@2017cikgu jijah🌻
www.wasap.my//60197202374
Contact 0197202374




Read More...

Buku Lampiran Aktiviti Emosi Sekolah Rendah (Fasa 1)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog cikgu. Harini ada nak buat pengumuman sikit ya.

Buku Lampiran Aktiviti Emosi Sekolah Rendah (Fasa 1).. Wahhh! 🌼🌼🌼Pasti murid kita teruja!🌺🌺 Aktiviti menarik 20 muka surat. Soft Copy PDF RM10. Mesej saya terus bagi yang bersungguh mahukannya. Istimewa sempena deepavali.
🌷Copyright@2017cikgu jijah🌻
www.wasap.my//60197202374
Contact 0197202374





Read More...

Pekerjaan 3 Dimensi

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah moga semua sihat saja dan berada di bawah lindungan Yang Maha Esa hendaknya.

Dah bermula cuti sekolah sempena Deepavali. Happy Diwali kepada rakan-rakan yang menyambutnya.

Cikgu hari ni ke sekolah sebab asikla dok fikirkan bendalah ni.Sebelum cuti haritu murid tahun 6 cikgu dah siap warnakan gambar kerjaya ni. Tinggal cikgu laminated, potong dan dirikan bagi bentuk 3D. Ada 12 pekerjaan juga yang bentuk 3D tu.

Jadinya hari ni ke sekolah bagi siapkan sebab semua bahan-bahan BBM memang kat bilik bimbingan saja. Cikgu tak buat kerja di rumah. Emm 3 jam  juga nak bagi siap. Macam nak nangis.hahahah...

Ohh ya... Nak gambar ni??? boleh ja. Cikgu pun dapatkan dari web omputeh. Klik kat Link Paling bawah ya.



SILA KLIK BAHAN DI BAWAH

KERJAYA 1
KERJAYA 2
KERJAYA 3
3D 1
3D 2
3D 3
Read More...

6.10.17

Kemahiran Belajar Bersama Cikgu Jijah

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah. Cikgu baru siapkan slide utuk ceramah ahad ni di 2 buah sekolah.

Slide Ceramah Kemahiran Belajar Bersama Cikgu Jijah. Simple saja. Setiap slide ada diselitkan iklan-iklan aktiviti berkaitan tajuk slide . Biasa saya letak "klu" disetiap slide, kadang lupa, dah tua.

Cikgu kongsikan bersama anda semua ya. 










Read More...

5.10.17

CAREER TOOL TCHER JIJAH (exclusively for primary school)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hari ini cikgu nak berkongsi dengan pengunjung semua Bahan BBM Bimbingan Dunia Kerjaya yang cikgu buat. Tujuannya untuk beri pendedahan awal kepada murid-murid berkaitan dunia kerjaya.

Biasanya murid sekolah rendah seawal tahap 1 akan memilih pekerjaan yang mereka biasa nampak seperti posmen dan doktor jika mereka ke klinik. Ada juga yang memilih menjadi ultramen kerana melihat di televisyen. Pendedahan demi pendedahan perlu dilakukan agar mereka dapat melihat begitu banyak jenis pekerjaan yang ada.

Kita bukan mahu memberi maklumat yang penuh. Tidak! cukup sekadar mengenalkan mereka dengan nama-nama pekerjaan dan mereka tahu pakaian pekerjaan dan hal lain seperti barang berkaitan pekerjaan dan tempat bekerja. Itu sudah mengkagumkan!

Selama 2 tahun juga Cikgu ambil masa untuk cuba membina CAREER TOOL TCHER JIJAH (exclusively for primary school). Cikgu bina 10 set dalam kotak pekerjaan ini tapi lama kelamaan macam terlebih sudah. Sudah jadi 20 set. Setiap set dibina mengikut peringkat perkembangan murid.. hihihihi oh ya, cikgu sedang bina 3 buah buku kerjaya mengikut tahap, iaitu Buku Latihan Kerjaya Tahap 1, Tahap 2 dan Linus/Pemulihan. Moga dapat menyiapkan buku-buku ini pada cuti sekolah hujung tahun ni. Insya-Allah. Cikgu hanya merangcang tapi Kun Fa Ya Kun.... alhamdulillah kesemua yang cikgu tunjukkan di bawah ini telah dipraktikkan bersama anak-anak syurga cikgu. Kecuali  REPLIKA KERJAYA 3D tu cikgu ambil di 1 laman web luar, milik omputeh.hihihih....pasai yang tu tak pandai lukis. Nantilah cuba belajar melukis. Yang lain-lain memang cikgu bina sendiri. 

Dan anda pengunjung blog ini yang cikgu yakini juga Guru BNK, sama-samalah kita membina BBM Bimbingan untuk anak syurga kita. Kita dalam dunia kaunseling sekolah rendah tidak punya bahan yang banyak, jadi usahalah!! Cikgu berikan anda jalan, anda ciptalah dan bina dunia kerjaya yang baharu. 

Nak buat BBM memang bukan hal mudah. Perlukan kita curi-curi masa, berfikir, luang masa, korban masa juga tenaga, kewangan juga. Memang ada tak reti, tapi usaha ada dimana-mana. Sekali lagi saya nyatakan saya hanya penunjuk jalan, anda semua boleh lakukannya dan boleh jadikan rujukan. Elakkan dari menjadi sesaorang seperti yang sering pensyarah saya di Universiti Malaya dulu katakan, "Jangan jadi mangkuk tadah. Terima saja tanpa menunjukkan usaha terlebih dahulu." Macam pedas ayat ni kan, tapi ikhlaskan hati. 

Kerana banyak GBK yang mesej dan komen nak beli..nak beli..nak beli... Maaf, saya tidak mahu DUIT anda tapi saya mahu USAHA anda..itu yang saya mahukan dalam diri seorang GBK.

Belajar itu proses sepanjang hayat. Saya nak belajar mahirkan diri dengan power point pun ambil masa dua tahun lebih! mana ada manusia lahir terus pandai. Semuanya terletak di tangan anda. Saya mahu semua GBK Sekolah Rendah seluruh Malaysia sama-sama martabatkan bidang perkhidmatan BNK kita dan menaikkan imej Guru Bimbingan di mata masyarakat dan sekolah amnya. Agar stegma negatif tentang kita berjaya dipadamkan.

 REPLIKA KERJAYA 3D



LIF KERJAYA

BUKU  TEKA KERJAYA

DADU KERJAYA

SPINNER KERJAYA

BUKU PEKERJAAN BERUNIFORM DAN TIDAK BERUNIFORM


PUZZLE KERJAYA

DAM KERJAYA


MAZE KERJAYA


 RODA KERJAYA






RODA SOALAN KERJAYA

PETA MAKLUMAT KERJAYA

50 KAD SOALAN PEKERJAAN
LANGKAH MUDAH BIMBINGAN MUTIARA KERJAYA UNTUK SEKOLAH RENDAH
PATUNG KERJAYA
POKOK PEKERJAAN
FLASH CARD 52 KERJAYA


MEWARNA 10 PEKERJAAN


Read More...