3.1.17

Buletin UBK Bil:1

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah kita telah melangkah ke tahun baru iaitu 2017.

Pastinya semua anak-anak murid kita akan lebih bersemangat untuk naik sekolah dengan baju baru, kasut baru, beg baru dan peralatan sekolah yang baru.

Jadi kita juga selaku guru bimbingan mestilah ada semangat baru juga. Dan kena lebih semangat dari anak-anak murid kita.

Untuk bulan januari ini cikgu dah siapkan BULETIN KAMAR SENTUHAN KASIH BIL:1. Insya-Allah akan diikuti dengan bulan-bulan seterusnya. Buletin yang cikgu buat ni simple saja. Sebab cikgu tak pandai nak design lawa-lawa, tak pandai nak guna photoshop tu. ni guna publisher saja. tak mengapa asal penyebaran buletin ini di 18 buah kelas, di board kaunseling dan di kantin dapat menyebar luas lagi perkhidmatan BNK.

Oh ya, jika ada yang mahu soft copy buletin bulan januari ini boleh lah klink ini ya---> Sila Klink


Tiada ulasan:

Catat Ulasan