11.1.17

Modul Bimbingan Psikososial- Apa Khabar hari Ini?

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Moga semuanya sihat. Baiklah, hari itu cikgu dah masuk kelas tahun 2 Arif untuk buat Bimbingan Kenali Emosi. hari ini cikgu sambung bimbingan yang sama dengan tajuk Apa Khabar Hari Ini? nak tengok murid dah ada kefahaman berkaitan emosi mereka atau tida. Dan sudah faham belum nak membezakan emosi yang pelbagai ni. Ish cantik tau lukisan anak-anak tahun 2 ni.

Modul : Psikososial Dan kesejahteraan Mental'
Tajuk : Apa Khabar Hari Ini?
Bahan : Marker dan kertas
Objektif: Murid memahami emosi diri mereka dan mampu mengetahui emosi orang di sekeliling
Langkah:
1-Guru mengingatkan kembali kepada murid aktiviti bimbingan Kenali Emosi yang sudah dibuat sebelum ini. Berlaku soal jawab dengan murid berdasarkan lukisan wajah yang dilukis oleh guru di whiteboard.
2-Guru membuat beberapa lukisan wajah beremosi dan minta murid memberi tindak balas segera apakah emosi yang dipaparkan. Setelah berpuas hati barulah guru mengedarkan kertas.
3-Guru minta murid melakar emosi mereka sekarang di atas kertas, kemudian tulis nama emosi tersebut dan warnakan.










Tiada ulasan:

Catat Komen