4.1.17

Modul Bimbingan Psikososial-KENALI EMOSI

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar? Harap semuanya sihat ya. Dan Berada di bawah lindungan dan rahmat dari-Nya. Aminn

Alhamdulillah hari ni cikgu dapat buat bimbingan bersama murid. Awal-awal tahun ni kan, cikgu nak tahu lah juga apa emosi murid-murid cikgu. Adakah seronok bila naik sekolah? Adakah takut dengan cikgu-cikgu? Betul ke seronok dapat kawan baru? Jadi meh kita teroka!

Kelas : 2 Arif
Masa : 8.00-9.00
Modul: Psikososial
Tajuk : Kenali Emosi
Bahan: Wajah muka ada 8 keping, mata ada 20, mulut ada 20, perkataan nama emosi ada 15
Objektif: - Murid memahami bentuk-bentuk emosi
               -Murid didedahkan dengan peluahan emosi
Langkah-langkah:
1-Guru memulakan kelas dengan sebuah nyanyian.
    "saya suka, saya suka
     muka senyum, muka senyum
     saya marah, saya marah
     muka masam, muka masam                   (nyanyi ikut lirik happy birthday je senang.huhuh)
     saya takut, saya takut
     muka berkerut, muka berkerut
     saya sedih, saya sedih
     muka menangis, muka menangis"
2-Sambil nyanyi guru mempamerkan mimik muka yang sesuai dengan lagu.
3-Berlaku soal jawab dengan murid
   -Siapa yang seronok pi sekolah hari ni angkat tangan? ok macam mana muka orang yang gembira?     tunjuk kat cikgu
   -Siapa nangis nak pi sekolah pagi tadi?ok macam mana muka orang yang tengah nangis?  tunjuk         kat cikgu
4-Guru mula menampal bentuk wajah di papan putih. Ada 8 wajah. Dan guru menyusun mata, mulut dan nama emosi di atas meja.
5-Terangkan pada murid yang murid perlu mencari mata, mulut dan lekatkan emosi yang sesuai dengan wajah yang dipaparkan.
6-Pilih 8 orang murid dahulu ke hadapan untuk memilih emosi mereka sendiri.
7-Setelah siap minta semua murid sebut satu persatu nama emosi dan bertanya sama ada emosi mata dan mulut sesuai dengan nama emosi tersebut atau tidak.
8-Ulang semula dengan memanggil 8 orang murid sehingga habis. Setiap kali habis pusingan, mata, mulut dan nama emosi akan ditanggalkan.





Tiada ulasan:

Catat Komen