10.1.17

Modul Bimbingan psikososial - Roda Gergasi

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar hari ini? moga kita semua berada dalam keadaan yang sihat dan ebrada di bawah lindunga Yang maha Esa.

Hari ini cikgu laksanakan bimbingan di dalam kelas bersama anak-anak comel tahun 5. Mari ikuti aktiviti bimbingan cikgu bersama mereka.... kalau buat di padang seronok boleh jalankan semua kumpulan serentak. Saya malas pi padang sebab panas pagi tadi. Buat di kelas je.

Tahun : 5 Arif
Modul : Modul Psikososial Dan kesejahteraan Mental  (kepimpinan)
Tajuk : Roda Gergasi
Bahan :  Kertas A4 warna hijau dan stapler
Objektif: -Mewujudkan kerjasama dan setia kawan dalam ahli kelompok
Langkah:
1-Guru mengambil masa 10 minit untuk menerangkan istilah kerjasama dan setiakawan dengan lebih mendalam. (Biasa tahun 5 dah faham. Cuma kita tambah lebih contoh jika dalam kumpulan)
2- Guru membentuk kumpulan murid. Guru memberi kertas dan stapler. (12 helai kertas dan 1 stepler. kertas boleh ditukar kepada surat khabar)
3-Murid menyiapkan helaian kertas dan menyambung kertas.
4-Setelah siap, murid masuk ke dalam kertas bagi membentuk roda gergasi. guru mengajar terlebih dahulu cara murid berjalan di dalam roda gergasi.
5-Setelah siap, guru mengarahkan kumpulan semua bersedia didalam roda gergasi. Tiupan wisel berbunyi menandakan   semua kumpulan perlu bergerak hingga ke garisan penamat. Dalam pada itu guru perlu sentiasa memberi sokongan kepada murid dan minta murid berhati-hati, saling bekerjsama, mendengar kata ahli kumpulan agar kertas tidak terkoyak. Di sini akan nampak ada kumpulan yang menjerit memarahi ahlinya, kertas terkoyak dan kumpulan yang sangat perlahan pergerakannya tapi berjaya sampai ke garisan penamat.
6-Setelah habis, guru merasionalkan balik aktiviti yang dijalankan.







                        

Tiada ulasan:

Catat Komen